Oleh Izzah Abbasy
Pelakon utama Pirates Of The Caribbean, Johnny Deep, 52, akhirnya bercerai dengan Amber Heard, 30, selepas isterinya itu memfailkan perceraian di mahkamah pada 22 Mei lalu. Pasangan Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard berpisah hanya selepas 15 bulan hidup sebagai suami isteri dengan menyatakan alasan 'perselisihan yang tidak dapat diselesaikan' sebagai punca dia mahu berpisah. Lebih malangnya, Amber berbuat demikian dua hari selepas kematian ibu Depp. Pelakon itu kini memohon ketetapan mahkamah untuk memperoleh harta sepencarian dan Depp, 52, dalam reaksi balas turut mencabar tuntutan tersebut dengan alasan mereka berdua tidak membuat perjanjian sebelum berkahwin berhubung pampasan jika bercerai. Laporan media menyebut, harta dan aset Depp adalah sekitar AS$400 juta termasuk memiliki sebuah pulau persendirian di Bahamas. Portal berita TMZ turut melaporkan yang pasangan tersebut tidak membuat perjanjian pra-perkahwinan berhubung pampasan harta jika bercerai. Johnny Depp dan Amber mengikat tali perkahwinan 15 bulan yang lalu di sebuah pulau peribadi di Bahamas dengan hanya 24 tetamu sahaja dijemput khas untuk menyaksikannya. Kali terakhir mereka berdua dirakamkan bersama ialah pada April lalu di Gold Coast, Australia. Pada 22 April lalu, Amber meraikan hari lahirnya yang ke-30. - CARI Infonet
|
14
Bagus |
17
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
14
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sebelum berkahwin dengan Amber, Depp mendirikan rumahtangga dengan Vanessa Paradis pada 2012 selepas 14 tahun hidup bersama.
beatgirlX replied at 1-7-2016 03:24 PM
Johny masa muda memang cair je tengok....
ADVERTISEMENT