oleh Adib Za Semakin dekat dengan bulan Ramadan ini, semakin banyak pula fesyen kurta yang muncul di timeline Facebook.
Maklumlah, ia begitu sinonim dengan gaya lelaki pada hari raya khususnya. Dominasi fesyen kurta ini nampaknya semakin menyerlah dan diterima ramai abang-abang kita di luar sana? Mengapa agaknya? Adakah ia lebih hipster, in trend atau praktikal? Seperti yang dipaparkan oleh Kurta House ini, nampak bukan main bergaya lagi mereka ini dengan fesyen kurta pelbagai warna. Ada juga yang mengatakan tahun 2016 memang tahun untuk fesyen kurta. Ia juga dipaparkan dengan cara yang lebih santai, kasual dan juga moden. Dah pasti membuatkan lebih ramai abang-abang tak mahu ketinggalan kan. Terutamanya yang memang sukakan fesyen terkini. Ala-ala Shah Rukh Khan gitu agaknya. Jom layan gaya kurta 2016 daripada Kurta House ini. - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT