Oleh Izzah Abbasy
Durian merupakan Raja Buah yang digemari ramai oleh rakyat Malaysia.
Esok kita akan memasuki pertengahan tahun dan ketika ini durian sudah menunjukkan musimnya.
Durian juga mula dijual di tepi-tepi jalan dan sudah gugur di kebun mahupun dusun.
Nak kongsikan tips dengan anda agar tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab dan anda juga boleh memilih mengikut kesesuaian dan citarasa anda dengan jenis-jenis durian yang dijual di Malaysia.
Selamat menikmati durian Ramadan ini tapi jangan makan banyak sebab puasa nanti panas dalaman! - CARI Infonet
1. Mao Shan Wang/ Musang KingNama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah KunyitWarna: Kuning terangAsal: Kelantan, Pahang dan JohorRasa: Manis dan Pahit, Teksttur berkrim.
2. Golden PhoenixNama Lain: Jin FengWarna: Kuning pucat dan keputihanAsal: Pahang, JohorRasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam 3. XOWarna: Kuning pucatAsal: Johor, Genting, Cameron HighlandsRasa: Pahit dan lembut, isinya tebal. 4. D24Nama Lain: SultanWarna: Kuning pucatRasa: Berkrim dan juga pahitAsal: Johor, Pahang, Cameron Highlands 5. D13Warna: OrenRasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.Asal: Johor, Segamat
6. D1Warna: Kuning pucatRasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaanAsal: Johor 7. D101Warna: Kuning kusamRasa: Rasanya sedikit manis dan berkrimAsal: Pahang, Johor 8. Red PrawnNama Lain: Hong Xia, Ang HayWarna: Jingga kemerahanRasa: Sedikit melekit dan manisAsal: Pahang, Johor 9. Green BambooNama Lain: Qing ZhuWarna: Kuning kusam beserta kehijauanRasa: Manis dan isinya mempunyai serat makananAsal: Johor
10. Black PearlNama Lain: Hei Zhen ZhuWarna: Kuning pucatRasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecilAsal: JohorSelamat membezakan jenis-jenis durian.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|