oleh Adib Za
Sebelum ini kecoh bila makanan yang menjadi 'kegemaran' kebanyakan rakyat Malaysia ini dikatakan merupakan makanan yang kotor dan mengandungi beribu-ribu sel kanser. Benarkah ikan keli begitu kotor dan memudaratkan? Kononnya ia merupakan kajian dan kenyataan daripada badan kesihatan antarabangsa WHO. Melalui laman Facebook, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung hal ini. Menurut DOF, tiada kenyataan sedemikian di laman web WHO, malah kenyataan yang dikeluarkan pun tidak disertakan dengan rujukan saintifik yang sebenar. Bagaimana pula dengan dakwaan ikan keli diberi suntikan hormon agar cepat membesar?
"Ikan keli adalah spesis ikan yang murah dan cepat membesar, jadi tiada keperluan untuk menambah hormon atau fattening chemicals dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran," terang jabatan ini. Begitulah antara penerangan yang diberikan. Sudah tentu ia memberi kelegaan kepada masyarakat yang berasa resah dengan isu yang dibangkitkan ini. Lebih-lebih lagi ia merupakan sejenis makanan yang diambil dengan lazim dalam kalangan masyarakat. Dalam pada itu, ada di kalangan netizen yang menganggap isu ini sengaja direka oleh pihak yang berasa dengki dengan penguasaha ikan keli yang nampaknya semakin mendapat permintaan tinggi. Netizen juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak DOF kerana menjernihkan keadaan dengan memberikan jawapan penuh fakta. Oleh itu, bagi anda yang memang menggemari ikan keli, tak perlu risau lagi ya. Dan bagi mereka yang memang tak suka dengan menu ini, tak perlulah lagi menyebarkan maklumat yang palsu ini. - CARI Infonet |
29
Bagus |
24
Marah |
35
Terkejut |
14
Sedih |
26
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT