CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Tidak Sediakan Beg Biodegradasi Akan Dikenakan Tindakan

31-5-2016 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3876| Komen: 49

oleh Adib Za

Kerajaan negeri Melaka yang menjalankan kempen 'Melaka Tanpa Beg Plastik' akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perniagaan yang gagal menyediakan beg kertas atay biodegradasi kepada pelanggan. 


"Ada peniaga mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan pelaksanaan ini kerana mereka tidak memberi langsung alternatif lain bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barangan atau makanan yang dijual.

"Kita telah memberi tempoh sangat lama kepada peniaga kedai runcit mahupun pasar raya besar di negeri ini agar melaksanakan kempen itu, namun mereka masih gagal mematuhi dengan sebaiknya," kata Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin. 

Bagi orang ramai yang berdepan dengan masalah peniaga enggan menyediakan beg kertas ini, boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka. - CARI Infonet



Sumber: Bernama

Sumber foto: Carian google

5

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 31-5-2016 10:44 AM
mmg patut pun diorg ganti dgn beg kertas atau beg biodegrasi...mudahkan pembeli
Quote sarahmirza 31-5-2016 10:50 AM
Pembeli rajin2 bawa beg sendiri tak boleh ke? Takkan cuma kenakan tindakan kepada penjual tetapi rakyat marhaen tak dididik untuk menyokong. Entah2 maksud Low Carbon pun rakyat marhaen tak tahu. Hihi
Quote Usa.Gi 31-5-2016 10:54 AM
Sejak kl praktikkan no plastik bag on saturday ni memang sy letak recycle besar dalam kereta. Senang.
Quote 1Apr16 31-5-2016 11:52 AM
sarahmirza replied at 31-5-2016 02:50 AM
Pembeli rajin2 bawa beg sendiri tak boleh ke? Takkan cuma kenakan tindakan kepada penjual tetapi rak ...

Apake bangang nak suruh bawak beg sendiri.  Bag biodegradable boleh diguna untuk buang sampah. Kalo tak disediakan kedai terpaksa beli la plastik hanya untuk buang sampah. Orang miskin makin susah macam di pulau pinang angkara kerajaan negeri bahalol
Quote sarahmirza 31-5-2016 11:56 AM
1Apr16 replied at 31-5-2016 11:52 AM
Apake bangang nak suruh bawak beg sendiri.  Bag biodegradable boleh diguna untuk buang sampah. Kal ...

Kesiannya. Beg shopping RM5 pun tak mampu beli ke? Dari Carrefour gah berdiri sampai tutup kedai, gue masih lagi pakai beg cop Carrefour bawa shopping. Nak buang sampah, pakai plastik hitam. Oh ya, jangan lupa asingkan sampah anda.

Cintailah alam persekitaran kita.
Quote 1Apr16 31-5-2016 12:06 PM
sarahmirza replied at 31-5-2016 03:56 AM
Kesiannya. Beg shopping RM5 pun tak mampu beli ke? Dari Carrefour gah berdiri sampai tutup kedai,  ...

Ini bukan soal mampu atau tak mampu. Kalau dah jadi kebiasaan beg diberi percuma kemudian kerajaan haramkan tapi tak ganti dgn alternatif hingga pengguna terpaksa mula beli plastik itu ertinya kerajaan merendahkan kualiti kehidupan sedangkan mereka sepatutnya meningkatkan kesejahteraan rakyat
Quote 1Apr16 31-5-2016 12:07 PM
Kerajaan negeri melaka tak sebodoh pulau pinang . Walaupun plastik yang berguna mereka haramkan tapi pekedai dimestikan guna bag jenis lain pulak. Bukan macam kerajaan negeri pulau pinang. Cuma tau haramkan beg plastik yang penting untuk angkut barang dari kedai & buang sampah kemudian tak peduli kerumitan yang timbul akibat kebodohan mereka sendiri



Quote FARRAZOOL 31-5-2016 12:08 PM
Good...proceed jerr
Quote sarahmirza 31-5-2016 12:13 PM
1Apr16 replied at 31-5-2016 12:06 PM
Ini bukan soal mampu atau tak mampu. Kalau dah jadi kebiasaan beg diberi percuma kemudian kerajaan ...

Unfortunately u tak faham kenapa plastik diharamkan.

Kesejahteraan itu maksudnya luas ya, kita mungkin memahaminya berlainan definisi.
Quote 1Apr16 31-5-2016 12:18 PM
sarahmirza replied at 31-5-2016 04:13 AM
Unfortunately u tak faham kenapa plastik diharamkan.

Kesejahteraan itu maksudnya luas ya, kita ...

Plastik diharamkan sebab ummah bahalol sangka ia tak berguna untuk jaga kebersihan. Hallo! Antara sampah yang dibungkus dengan sampah yang bersepah atas jalan yang mana satu lebih mudah dikutip ?
Quote sarahmirza 31-5-2016 12:21 PM
1Apr16 replied at 31-5-2016 12:18 PM
Plastik diharamkan sebab ummah bahalol sangka ia tak berguna untuk jaga kebersihan. Hallo! Antara  ...

Sudah2 la ya... Banyakkan membaca. Sekian.
Quote mizlily 31-5-2016 12:41 PM
ramai2 kena mula bawa beg sendiri...
Quote Juadah 31-5-2016 12:47 PM
Kalau pegi Caring pharmacy, mrka beri diskaun rm 2 kalau kita tak gunakan bag plastic mereka apabila membeli brg.
Quote peynoTheLegend 31-5-2016 01:08 PM
melaka.. negeri maju pertama malaysia pakai beg kertas ala2 cite omputih


jawa johor tertekan
Quote exclusive_vvip 31-5-2016 01:12 PM
peynoTheLegend replied at 31-5-2016 01:08 PM
melaka.. negeri maju pertama malaysia pakai beg kertas ala2 cite omputih

Bukan malaysia pun dulu2 penah gunapakai beg kertas cam omputih tu ke...i dok terbayang2 lagi my parents beli brg runcit dlm kertas...ke time tu weols dok negeri omputih
Quote peynoTheLegend 31-5-2016 01:16 PM
melaka negeri pertama haramkan plastic bag setiap hari dan negeri pertama pakai bag kertas ala cite omputeh

jawa johor merempat melaka tertekan
Quote cap_ayam 31-5-2016 01:29 PM
peynoTheLegend replied at 31-5-2016 01:16 PM
melaka negeri pertama haramkan plastic bag setiap hari dan negeri pertama pakai bag kertas ala cite  ...

Betul tu.. Sama standard dengan negeri omputeh kalau keluar dari kedai runcit  
Quote peynoTheLegend 31-5-2016 01:54 PM
cap_ayam replied at 31-5-2016 01:29 PM
Betul tu.. Sama standard dengan negeri omputeh kalau keluar dari kedai runcit

pehhhh mmg bergaya la org melaka bershopping keluar kedai bawak bag kertas


jawa johor ketap bibir je laa @alya_daniela
Quote red_cattleya 31-5-2016 04:12 PM
hari tu aku pergi aeon tapi aku masuk daiso. beli 1 je barang so sbb hari sabtu takde plastic bag. setiap kali jumpa guard kena tahan sbb ingatkan tak bayar. btw, cuba klu bangladesh yg praktikkan bawak beg kertas, nampak bergaya ke? disebabkan omputih je so nampak bergaya lah. cehhh

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054887 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top