oleh Adib ZA Seperti yang dipaparkan di atas, ia merupakan komen 'ikhlas' yang diberikan oleh forummer CARI yang telah pun mencuba sendiri koleksi terbaharu baju raya Che Ta-Tesco. Meskipun ditawarkan dengan harga agak tinggi iaitu RM299, nampaknya pengguna ini tidak berpuas hati dengan kualiti sebenarnya. "Ya ampun, kualiti hauk (teruk) sangat. Kain panas dan murah, jahitan kelepet terbuka sana sini." Pengguna ini juga mendakwa telah mencuba kesemua rekaan untuk koleksi ini termasuklah dua rekaan yang ditarik balik kerana masalah kualiti yang sangat rendah. Di bawah ini merupakan perbandingan yang dibuat antara iklan untuk koleksi baju raya Che Ta ini dengan rekaan yang dijual di pasaran. Nampaknya koleksi Che Ta kali ini mendapat tamparan hebat. Harus diakui, bukan mudah untuk menghasilkan pakaian yang sama dalam kuantiti beribu-ribu. Namun, ia bukan juga alasan, kan? Dalam masa yang sama, ini sekaligus mengingatkan pengguna, kebanyakan iklan pakaian raya seperti jubah, baju kurung mahupun baju Melayu sering digayakan oleh model-model yang cantik dan memiliki bentuk badan langsing. Bila diaplikasikan kepada diri sendiri, hasilnya tentu nampak berbeza dan mengecewakan. Dari segi ini, sebagai pengguna harus bersikap lebih realistik ya. Namun apa pun, dari sudut kualiti fabrik, jahitan dan juga rekaan, ia sememangnya perlu selaras dengan apa yang dipromosikan dalam iklan dan bukannya hanya indah khabar dari rupa. Oleh itu, buat para pengguna, buatlah pilihan terbaik dan tepat untuk anda. - CARI Infonet
|
14
Bagus |
19
Marah |
12
Terkejut |
19
Sedih |
15
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nashrudean replied at 24-5-2016 10:21 PM
kat IG che ta nmpak lawo je..
tu la org kata..bila model pakai lawa.
she replied at 24-5-2016 10:21 PM
Dokek sapo oi macik nk pm gamba ni ha...penat macik posing tadik..muehehehe
cepheid replied at 24-5-2016 10:28 PM
meh pm i akak she. nanti iols tepekkan
she replied at 24-5-2016 10:29 PM
Akak pm kek ekau yo
makneng replied at 24-5-2016 10:19 PM
Haiyooo..jgn la hadap nak pakai tudung, baju, minyak wangi retis2 ni...
ADVERTISEMENT