Oleh : TS LOO
Pada bulan Mei ini, kadar suhu yang paling tinggi di Utara India, pernah mencecah sehingga ke 51 darjah Celcius, ia merupakan satu rekod terbaru di negara terbabit. Kini di India, suhu 40 darjah Celcius ke atas memang dianggap perkara biasa. Bercakap pasal angka, mungkin anda tidak begitu terasa kepanasan yang dialami oleh rakyat India, tetapi sekiranya anda dapat membayangkan jalanraya pun kelihatan melebur, macam itu baru anda sedar betapa panasnya suhu cuaca di sana.
Tahun lepas, menerusi paparan gambar mengenai lintasan belang atau 'zebra cross' di jalanraya yang kelihatan lebur. Kejadian itu memeranjatkan masyarakat sedunia berhubung cuaca panas yang dialami di India ketika itu. Tahun ini pula, hanya berdasarkan paparan sebuah video, sudah cukup membuatkan kita semua sedar betapa dahsyatnya kesan suhu tinggi. Sebuah video yang berjudul "Apa perasaan melintas jalan di India ketika cuaca yang bersuhu tinggi?" Jelas kelihatan suhu yang tinggi menyebabkan jalan jenis tar mula lebur dan minyak tar mula melekat pada kasut. Sudah tentu keadaan yang berbahaya ini membuatkan kita rasa bimbang terhadap pengguna jalanraya. Antaranya seorang pejalan kaki kelihatan melintasi jalan, tanpa disedari kasutnya melekat pada jalan dan menyebabkan dirinya jatuh tergolek. Mujur ada golongan yang murah hati sanggup menghulurkan bantuan. Di India, musim panas lazimnya bermula dari April dan kekal sehingga ke Julai. Purata suhu mencecah ketinggian 40 darjah Celsius ke atas. Biarpun tahun ini masih belum betul-betul memasuki mulan Mei yang merupakan musim panas, tapi kini sudah terasa kepanasan yang melampau. Jom tengok tahap suhu New Delhi, India pada dua tiga hari ini. Walaupun penduduk tempatan sudah lama tinggal di sini, dan sepatutnya sudah dapat membiasakan diri dengan cuaca panas sebegitu, tetapi masih ramai yang merungut di laman sosial dengan mengatakan mereka hampir jadi gila akibat kepanasan melampau yang dialami kebelakangan ini. Bayangkan crayon yang terjatuh atas lantai pun boleh melebur! Ngeri kan! - CARI Infonet |
15
Bagus |
23
Marah |
16
Terkejut |
17
Sedih |
9
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT