Oleh : TS LOO Bagi orang Asia, makanan ruji harian semestinya nasi kerana ianya merupakan sumber tenaga yang utama. Dalam satu hari, sekiranya tidak makan nasi, maka seseorang itu akan dianggap belum makan lagi.
Berikutan nasi lebih mudah diserap menjadi gula dalam darah seseorang, jadi tentu sekali bagi mereka yang mengutamakan kesihatan atau tidak ingin melihat berat badannya bertambah akan cuba mengurangkan penggunaannya khususnya bagi mereka yang menjalani program diet. Justeru itu, kalau tidak makan nasi, makanan apa yang boleh diganti supaya masih boleh kenyang dan tetap sihat?
Selain nasi, sebenarnya sumber karbohidrat juga boleh diperolehi daripada aneka ubi juga kaya dengan khasiat. Orang dulu-dulu yang kehidupan keluarga tidak begitu bagus, biasanya menanam ubi untuk dimakan, sebagai pengganti nasi tanpa lauk. Jom kita teliti satu demi satu: 1. Ubi keladi Khasiat: Ubi keladi mempunyai banyak zat mineral dan vitamin. Antaranya ialah tiamina, zat besi, kalium dan fosforus. Ia juga merupakan sumber kanji yang sangat tinggi. 2. Ubi kayu Khasiat: Mempunyai kandungan kalori, serat diet, mangan, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus dan zat besi. Ianya berfungsi untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga membantu mengawal diabetes. 3. Ubi keledek Khasiat: Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang tinggi. Ia membantu untuk mengurangkan hemocysteine kimia dalam tubuh. Ubi kayu juga kaya dengan vitamin D, zat besi dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh. 4. Ubi kentang Khasiat: Mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium dalam ubi kentang adalah dua kali ganda jumlahnya berbanding pisang dan fiber. 5. Ubi sengkuang Khasiat: Mengandungi mineral dan vitamin C. Jus ubi sengkuang yang dicampurkan dengan sedikit gula elok diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, penawar demam kuning dan gout.- CARI Infonet |
4
Bagus |
5
Marah |
11
Terkejut |
5
Sedih |
2
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EvieWanKenobi replied at 26-5-2016 10:23 PM
tak best la makan macam tu je..
ADVERTISEMENT