Oleh Izzah Abbasy
Rasanya baru sahaja pelancaran koleksi tudung jenamanya sendiri Uqasha Senrose beberapa bulan lalu. Namun pelakon ini kemudiannya mendedahkan bahawa dia telah ditipu oleh rakan bisnesnya sendiri. “Saya sudah kena tipu, bisnes tudung saya hanya sempat bertahan selama sembilan bulan sahaja. Sekarang tidak ada lagi (jenama tudung tersebut) dan akan saya menjenamakannya semula selepas ini,” katanya yang ditemui di Majlis Prebiu Media Syukur Selalu Ramadan TV3 & TV9 2016. Tambahnya lagi, selama sembilan bulan itu, dia hanya mendapat pulangan sebanyak RM5,000 sahaja. Uqasha juga turut kesal apabila namanya dieksploitasi oleh pihak tersebut untuk mengaut keuntungan. “Saya pula memang tidak mempunyai asas dalam bidang bisnes, itu sebab orang senang nak ‘goreng’ saya. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati agar perkara sebegitu tidak berulang lagi” katanya. Pun begitu, pelakon ini akan terus berusaha untuk mengembalikan bisnesnya ini dan akan lebih berhati-hati supaya tidak mudah dikhianati lagi namun dalam masa yang sama tidak mahu memanjangkan isu tersebut ke muka pengadilan. - CARI Infonet
|
22
Bagus |
14
Marah |
19
Terkejut |
18
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MH3703 replied at 25-5-2016 03:03 AM
ko tak payah nak perasan ko tu popular sgt....cakap je tudung ko tu takde org nak beli...tak laku..
fifie_olin replied at 25-5-2016 03:26 AM
x reti nk berbisnes gak...konpem la rugi...
ADVERTISEMENT