oleh Adib Za Semakin banyak lambakan produk kecantikan yang berasaskan minyak argan. Agaknya lebih baik anda dapatkan produk berasaskan argan atau gunakan terus minyak argan pada kulit?
Minyak argan mengandungi vitamin E dua kali lebih tinggi daripada minyak zaitun. Ini bermaksud ia sangat baik sebagai antioksidan yang mengelakkan penuaan pada kulit. Bukan itu sahaja, ia sangat banyak kandungan asid lemak omega-6 dan 9. Anda juga boleh menggunakannya bukan sahaja pada kulit malah untuk merawat rambut dan juga kulit kepala. Sebenarnya, terpulang pada anda untuk menggunakan produk berasaskan argan atau menggunakan terus minyak argan pada kulit dan rambut. Bezanya, produk berasaskan argan tidak mengandungi 100 peratus pati argan, namun boleh terus dipakai seperti pelembap kulit, mahupun perapi rambut. Bagi anda yang mahu menggunakan minyak argan secara terus juga sangat digalakkan. Meskipun harganya agak mahal tapi penggunaannya sangat menjimatkan kerana hanya perlu 2 hingga 3 titis sahaja untuk sekali penggunaan.
1. Pastikan kulit sudah dibersihkan sebelum menggunakan minyak argan. 2. Biarkan kulit kering secara alami. 3. Oleskan beberapa titis minyak ini pada kulit, 2-3 titis sudah mencukupi, dengan lapisan nipis. 4. Urut secara lembut agar ia rata dan meresap sebaiknya. 5. Untuk bekas jerawat, tambahkan setitis lagi minyak ini dan teruskan mengusap lembut kulit. 6. Lakukan rawatan minyak argan ini dua kali sehari. 7. Anda bakal melihat perbezaan pada kulit selepas beberapa minggu, kulit makin cerah, lembut dan juga anjal. Cubalah! Jangan putus asa dengan kecantikan menggunakan bahan semula jadi ini ya sis! - CARI Infonet |
11
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
1
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
green~tea replied at 27-5-2016 11:57 AM
Marketing strategy je ni.. Extra virgin olive oil still lebih byk manfaat overall... Baca unbiased r ...
CARI-MAMS replied at 30-5-2016 04:34 PM
ya ke sis..tp boleh try jua kan ni
green~tea replied at 27-5-2016 11:57 AM
Marketing strategy je ni.. Extra virgin olive oil still lebih byk manfaat overall... Baca unbiased r ...
UsuFie replied at 26-7-2017 03:57 PM
usu nak tnya kan..extra virgin olive oil ni dulu usu ada beli utk masak spagethi..pastu usu x su ...
julia5094 replied at 27-7-2017 01:30 PM
Pastikan yang extra virgin olive oil. Cuba la buat oil cleansing..tapi tekstur dia agak heavy. Suk ...
UsuFie replied at 27-7-2017 03:55 PM
ooo...gitu yer...nnt usu trylah buat oil cleansing..drpd membazir tak gunakan hat tu..
tq jul ...
ADVERTISEMENT