Seram! Siapakah Sebenarnya Lembaga Tua Itu? Seram! Siapakah Sebenarnya Lembaga Tua Itu? Aktiviti perkhemahan merupakan antara aktiviti yang sering dianjurkan oleh pihak sekolah, universiti mahupun badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti seperti ini memupuk semangat jati diri disamping menerapkan sifat bantu-membantu. Namun di sebalik aktiviti perkhemahan ini, mungkin ada di antara kita pernah merasai pengalaman yang menyeramkan ketika tidur di dalam khemah berlokasikan kawasan hutan. Ia mungkin satu pengalaman yang menyeramkan. aku ingin berkongsi satu cerita tentang pengalaman pelajar berhadapan situasi seram apabila ternampak lembaga tua pada waktu malam di kawasan khemahnya. Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sewaktu saya, kawan-kawan sedarjah dan guru kami berkhemah di Pulau Sekijang Bendera (St John’s Island). Kami menginap disebuah rumah yang tidak berkerusi meja. Yang ada hanyalah beberapa katil bertingkat yang berderetan dan dan sebuah kipas angin berdiri. Pada malam pertama, kami tidur awal awal lagiu kerana kepenatan. Pada kira kira 2.30 pagi, kami tersentak dan terus terbangun apabila mendengar suara orang menjerit. Yati, salah seorang rakan kami, sedang memandang kearah salah sebuah tingkap yang ternganga luas. Mukanya pucat lesi, seperti orang dalam ketakutan. Saya dan rakan rakan cuba menenangkannya. Beberapa minit kemudian, Yati menceritakan bahawa dia ternampak satu lembaga berambut panjang dengan anggota dan pakaian berwarna putih sambil melambai lambaikan tangannya. Menurut Yati, dia menjerit sekuat hatinya apabila lembaga itu mengilai sebelum menghilang. Saya cuba meyakinkan Yati bahawa apa yang dialaminya itu hanyalah satu mimpi atau imaginasinya sahaja, kerana saya memang tidak percaya dengan hantu atau apa bentuk tahyul sekalipun. Tetapi Yati tetap mendakwa apa yang dilihatnya benar benar berlaku. Pada keesokan malamnya, sebelum tidur, saya telah menutup semua tingkap dan pintu memandangkan cuaca begitu sejuk sekali. ketika yg lain sedang dibuai mimpi, saya terjaga kerana terasa begitu sejuk hinggakan seluruh tubuh saya menggigil. Saya melirikkan mata kearah tingkap dan pintu; semuanya terkunci rapi. Tetapi apabila mata saya menyorot ke arah kipas angin disitu, hati saya tersentak apabila terpandang seorang tua sedang berdiri tegak – betul betul ditempat kipas angin itu. Orang tua itu seperti meniup niup dan memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan – sama seperti kipas angin lagaknya. Apakah kipas angin itu telah menjelma sebagai lembaga tua apabila malam menjelma? Hati saya bertanya sendiri. Saya dapat merasakan tiupannya itu dengan jelas, walaupun saya berjauhan daripadanya. Kerana terlalu takut, saya memaksa diri saya tidur. Pada keesokkan paginya, saya menceritakan kejadian tersebut pada guru saya. Anehnya, bukan saya seorang sahaja yang telah melihat lembaga wanita tua itu, malah guru saya juga. Kerana tidak mahu kejadian aneh itu berulang, kami pun berkemas pulang ke tanah besar Singapura pada saat itu juga.
|
belacan_gurl posted on 10-7-2013 08:54 AM
i pun pernah ada pengalaman..kat wad kanser hkl..jaga arwah mak i..masa tu i dah tido..semua 4 pesak ...
ADVERTISEMENT