CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Piala Thomas 2016 : Malaysia Terpaksa Akur, Gagal Ke Final

20-5-2016 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 44611| Komen: 858


Oleh : Dean BZ



Piala Thomas :  Malaysia Terpaksa Akur, Gagal Ke Final

Malaysia terpaksa akur tewas di separuh akhir Piala Thomas apabila perlawanan penentuan antara Chong Wei Feng menentang pemain Denmark Emil Holst berakhir dengan kekalahan sebentar tadi.



Separuh Akhir Piala Thomas :  Beregu Denmark Tundukkan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong

Beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmusse beri mata kedua tewaskan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 10-21, 21-8, 21-13.



Separuh Akhir Piala Thomas :  Iskandar Zulkarnain Ditewaskan Pemain Denmark


Hans-Kristian Vittinghus rebut mata pertama Denmark atasi Iskandar Zulkarnain 21-18, 21-18. 
Kedudukan Malaysia 2 Denmark 1


Separuh Akhir Piala Thomas :  Shem-Wee Kiong raih mata kedua Malaysia

Shem-Wee Kiong raih mata kedua Malaysia selepas tundukkan beregu Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen 21-18, 21-18.



Separuh Akhir Piala Thomas : Lee Chong Wei Tewaskan Victor Axelsen 

Perlawanan separuh akhir Piala Thomas di Kunshan, China antara Lee Chong Wei (Malaysia) melawan Viktor Axelsen (Denmark). Keputusan berpihak kepada jaguh badminton negara. Syabas!


Lee Chong Wei (menang) vs Viktor Axelsen   - 23-21, 21-18





Indonesia Tewaskan Korea Dan Mara Ke Final


Indonesia melangkah mara ke final Piala Thomas selepas mengalahkan Korea Selatan 3-1, sebentar tadi. Kali terakhir layak ke Pentas akhir Piala Thomas pada edisi tahun 2010 dan memenangi kejohanan ini kali terakhir pada tahun 2002.

Berikut keputusan separuh akhir Indonesia menentang Korea Selatan:

Christie Jonatan (kalah) vs Son Wan Ho - 10-21, 16-21

Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (menang) vs Lee Yong Dae/Yoo Yeon Song - 21-15, 21-12

Ginting Anthony (menang) vs Lee Dong Keun - 21-18, 21-18

Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi (menang) vs Kim Gi Jung/Kim Sa Rang - 21-15, 21-18

Pada aksi final Ahad ini, Indonesia akan bertemu pemenang perlawanan antara Malaysia dengan Denmark yang akan turun beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir jam 7 malam. - CARI Infonet




Sumber - Bharian/SinarHarian



China Tewas Dan Dimalukan Oleh Korea



China selaku tuan rumah telah dimalukan oleh Korea Selatan di hadapan penyokong sendiri apabila tewas 1-3 dalam aksi suku akhir Piala Thomas. 

Kekalahan mengejut pemain nombor satu dunia, Chen Long kepada Son Wan Ho 12-21, 21-16, 15-21.

"Saya berasa gementar terutama di set ketiga selepas strategi permainan saya tidak menjadi. Semua yang saya lakukan berjaya dibaca Wan Ho dan itu membuatkan saya bertambah gementar apabila melakukan serangan sehingga melakukan kesilapan," kata Chen Long. 

Beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong menyumbang mata kedua Korea apabila menewaskan Fu Haifeng-Zhang Nan 23-25, 23-21, 21-12. Bagaimanapun, juara dunia lima kali, Lin Dan berjaya merapatkan jurang apabila mengatasi Lee Dong Keun 21-10, 21-15 tetapi gandingan Korea, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang memastikan kemenangan milik pasukan itu apabila menundukkan Li Junhui-Zheng Siwei 21-15, 21-18. Kemenangan itu menyaksikan Korea akan membuat perhitungan dengan Indonesia dalam aksi separuh akhir, esok selepas mengatasi Taiwan 3-1.
 
Kejayaan Korea Selatan kali ini benar-benar mengejutkan dan memalukan China. - CARI Infonet


Sumber: www.bharian.com.my




SENARAI PEMAIN BADMINTON LELAKI MALAYSIA PIALA THOMAS 2016

Perseorangan
Datuk Lee Chong Wei 
Iskandar Zulkarnain Zainuddin 
Chong Wei Feng 
Goh Soon Huat

Beregu
Goh V Shem / Tan Wee Kiong 
Koo Kien Keat / Tan Boon Heong 
Ong Yew Sin / Teo Ee Yi


10

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spankee_fili 20-5-2016 12:13 AM
wahhhhh....kipidap malaysia kipidap...
Quote Glass_shoes 20-5-2016 12:15 AM
What?
Lin dan ngn chen long main x?
Quote dauswq 20-5-2016 12:16 AM
harap malaysia dapt kalahkan denmark

dpt ketemu korea..korea pun dh lame tak merasa thomas cup..
baik kalah dgn korea drpd indon
in fact kita pun pernah tewaskan korea dlm group stage, so peluang nk menang tu agak tinggi klu ketemu korea di final

tak mau jumpe indon..karang abis spammer indon mepu haram jadah tu nyerang CI

@pyropura @dino
Quote spiderman80 20-5-2016 12:17 AM
Lin Dan bercakap dengan diri sendiri 'Sia-sia jer haku menang game tadi!!'


Quote dauswq 20-5-2016 12:17 AM
Glass_shoes replied at 20-5-2016 12:15 AM
What?
Lin dan ngn chen long main x?

main

lin dan menang tp chen long kalah
so korea menang 2 beregu + perseorgn

Quote dauswq 20-5-2016 12:19 AM
spiderman80 replied at 20-5-2016 12:17 AM
Lin Dan bercakap dengan diri sendiri 'Sia-sia jer haku menang game tadi!!'

puas aku nengok china kalah tersungkur, tmpt sendiri lak tu..betapa malunya pasukan dh bbrp kali menang thomas kalah kt tmpt sendiri akhirnya..
pertama kali wooo
Quote dauswq 20-5-2016 12:21 AM
kejatuhan china ni aku rase berkait dgn terlalu fokuskn pd lin dan, fu hai feng & cai yun, chen long..

pastu kurang nurture talent baru

itulah beregu china ke-2 tak de ranking langsung tetibe main slot in bubuh lawan dgn beregu korea no.4 dunia..

Quote spiderman80 20-5-2016 12:22 AM
dauswq replied at 20-5-2016 12:19 AM
puas aku nengok china kalah tersungkur, tmpt sendiri lak tu..betapa malunya pasukan dh bbrp kali m ...

Tadi tengok kat mana satu website. Dorang cakap ini kali pertama China tak layak masuk ke perlawanan Separuh Akhir semenjak 1982.
Quote spiderman80 20-5-2016 12:24 AM
dauswq replied at 20-5-2016 12:21 AM
kejatuhan china ni aku rase berkait dgn terlalu fokuskn pd lin dan, fu hai feng & cai yun, chen long ...

Adakah Persatuan Badminton China sudah dijangkiti virus BAM?
BAM mendunia tu.
Quote Glass_shoes 20-5-2016 12:24 AM
dauswq replied at 20-5-2016 12:17 AM
main

lin dan menang tp chen long kalah

Oh..harap terus hambar smp olimpik
Quote dauswq 20-5-2016 12:24 AM
spiderman80 replied at 20-5-2016 12:22 AM
Tadi tengok kat mana satu website. Dorang cakap ini kali pertama China tak layak masuk ke perlawan ...

aku gelak2 jek
mmg china dh alami saat2 kejatuhan dlm sukan badminton terang2 ni..

thomas cup lepas, hanya sekadar semifinal
la ni takat quarter jah..


Quote dauswq 20-5-2016 12:26 AM
Glass_shoes replied at 20-5-2016 12:24 AM
Oh..harap terus hambar smp olimpik

lin dan tu masih ade peluang tuk raih medal ke-3
hopefully semangatnye jatuh tengok rkn2 senegara tersungkur, barulah chong wei ade peluang raih medal
Quote dauswq 20-5-2016 12:28 AM
spiderman80 replied at 20-5-2016 12:24 AM
Adakah Persatuan Badminton China sudah dijangkiti virus BAM?
BAM mendunia tu.

BAM baru ni mcm dh elok sket
dh kurang campur tangan

tgk aritu deols (chong weii katalah) bg chance kt iskandar masuk main dlm group thomas kali ni wlpn dia sekadar gantian pd goo soon hat ker sape tu

Quote spiderman80 20-5-2016 12:34 AM
Nampaknya dominasi China samada dalam kejohanan individu ataupun berpasukan dalam dunia badminton sudah hancur, bermula 2 tahun lepas apabila mereka ditewaskan di separuh akhir Thomas Cup.
Kebelakangan ini, pemain-pemain tersohor mereka seperti Lin Dan dan Chen Long mudah dijinakkan oleh hampir semua pemain luar, sesuatu yang sangat mustahil cuma 3 tahun lepas.
Chen Long masih tercari-cari rentaknya untuk memenangi kejohanan musim ini dan masih gagal.

Pemain wanita mereka juga terkeluar dari senarai ranking top 2, juga sesuatu yang amat mengejutkan dunia badminton.

Namun, kesakitan yang dialami oleh skuad China adalah nikmat kepada negara-negara lain sebab dunia badminton akan menjadi lebih menarik dan berwarna. Kita tidak akan kerap melihat bendera berwarna merah dinaikkan sambil anthem PRC didendangkan.
Syabas!!
Quote spiderman80 20-5-2016 12:36 AM
dauswq replied at 20-5-2016 12:28 AM
BAM baru ni mcm dh elok sket
dh kurang campur tangan

Goh Soon Huat.
Spidey lagi prefer Iskandar yang main.
Quote MINNIElove 20-5-2016 12:37 AM
dauswq replied at 20-5-2016 12:26 AM
lin dan tu masih ade peluang tuk raih medal ke-3
hopefully semangatnye jatuh tengok rkn2 s ...

Kesian chong wei if kali ini pn xdpt gold medal kt olympic   simpati kt heols kejuaraan dunia pn x pernah menang...
Quote graxier06 20-5-2016 12:39 AM
dauswq replied at 20-5-2016 12:16 AM
harap malaysia dapt kalahkan denmark

dpt ketemu korea..korea pun dh lame tak merasa thomas cup.. ...

bkn dh lama xmerasa tp xpenah merasa lgsg..uber jer dorang menang taun 2010..korea pn dh lama jer xmsk finl..menang pn apa kah lagi..
denmark kalo msk final jer mesti kalahkan malaysia di semi..tp tidak 2 taun lps..
denmark pn b yk kali msk finla lwn china tp xpenah nk menang..
jepun jer 2 taun lps 1st time msk final trus menang..mmg geng2 korea ngan denmark panas la 2 taun lps..taun ni jepun plak tsangkut psl dorang gantung 2 p3main hebat dorang yg menang thomas 2014..
Quote spiderman80 20-5-2016 12:42 AM
Tolonglah memenangi Piala Thomas wahai Team Malaysia!!
Spidey berjanji akan belanja skuad negara makan Fillet O Fish di McDonalds kalau dorang berjaya nanti.
Quote graxier06 20-5-2016 12:42 AM
spiderman80 replied at 20-5-2016 12:36 AM
Goh Soon Huat.
Spidey lagi prefer Iskandar yang main.

cara permainan iskandar persis LCW..2 kali tgk dia main mmg di main cara LCW..suka main railey, jarang smash n ada pelkuang jer ada smah...tp jumping smash dia pn jenis xpadu cam LCW smpi opponent boleh balas dengan relax...jumping smash yg padu n power hnya lin dan je yg pegang...

tgk gak 1st single korea yg main tp yg kalahkan Chen Long...cara permainan dia pn ada iras2 LCW gak...jenis xkelam kabut nk matikan bola..

mayb skrang rmi player idolakan cara permainan LCW kot...

Lihat semua komen(858)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.137427 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top