Oleh Izzah Abbasy
Perkongsian pengalaman doktor ini tentang seorang pesakitnya yang bermati-matian mahu 'discharge' atau dalam erti kata lain mahu pulang ke rumah walaupun masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan rawatan. Lebih menyedihkan apabila mengetahui sebab kenapa dirinya nak sangat keluar dengan cepat dari hospital berkenaan. Sungguh tak sangka.
“Suami saya dah bising”
“Suami lagi suka saya tak mengandung” Waah .. ai kenot brain this. “Jangkitan kuman berulang pada salur kencing tak elok utk org perempuan ya puan. Saya tahu puan cuba nak conceive. Pernah misscarriage kan sebelum ni ..?” “Takpela doktor , suami saya lagi suka kalau saya tak mengandung.” Air mata tak dapat ditahankan lagi. Laju meluncur keluar dari kelopak mata yang terbuku kedukaan. Ai kenot go on anymore. Maka surat AOR dihulurkan. Berjalan keluar meneruskan pencarian pesakit. Sambil kepala cuba memproses insiden tadi. Sungguh saya berharap , ada alasan paling munasabah yang menyebabkan suami beliau bertindak begitu. Sungguh saya berharap kisahnya lebih dari itu. Sungguh saya cuba bersangka baik mungkin ada cerita disebaliknya yang kita tidak tahu. Kenapa perlu begini? Tapi jauh disudut hati, minda tak boleh nak hadam kenapa dalam perkahwinan ada yang harus menghadapi situasi begini. Selalu dah nampak. Hilang ehsan dan kasih sayang pada pasangan. Kenapa begitu ..? Mungkin terlupa sesaat destinasi ijab qabul. Yang seharusnya dituju ke “mardhatillah”. Berpaksikan pada Alquran dan sunnah. Saya berdoa nakhoda kapal pesakit saya sedar akan perjalanan yang dah terpesong dari destinasi asal dan cepat2 kembali ke laluan utama. Balik rumah pandang wajah anak2 yang tengah lena bermimpi otromen. Cerita dengan suami kisah pagi tadi. ” ni otromen2 yang tgh lena ni, bakal pemimpin keluarga semua ni. Berat kerja kita sebenarnya kan ..” “Hmm ..” Tak mampu nk bagi jawapan panjang sebab tersedar akan hakikat yang sangat benar itu. Semoga Allah pelihara baitulmuslim ini dan anak2 kita. “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Ar rum : 21 AOR = At Own Risk discharge. Dia tak dapat keluar hospital lagi tapi minta dikeluarkan dengan syarat perlu tanggung risiko sendiri. Kredit : Nur Jalila Mohd Ariffin dan Ohbulan |
8
Bagus |
4
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
marumaru replied at 17-5-2016 03:06 PM
Salah ipan la ni..tak habis duk provoke pasal andartu..kan dah kawin tangkap muat gitu..
missinpiece replied at 17-5-2016 07:19 PM
Kat mana manisnya kehidupan berunah tangga kalau mcm ni
ADVERTISEMENT