Oleh : TS LOO Bahagian bibir penting juga buat kaum hawa dalam aspek menyerlahkan lagi sifat kewanitaannya.
Justeru kebanyakan wanita dengan bantuan gincu pastinya membolehkan bibir seseorang wanita kelihatan seksi, sekaligus penampilan akan lebih terserlah. Namun bagaimana jika bibir seseorang wanita itu hitam atau kelihatan gelap. Punca bibir hitam adalah kerana tabiat merokok, terlalu kerap minum kopi dan teh. Berkeinginan mengembalikan warna cerah pada bibir anda? Berikut beberapa petua yang boleh cuba dalam usaha menangani masalah tersebut.
1) Lemon Madu Campurkan satu sudu besar air perahan lemon dan madu dan disapukan di bibir secara merata. Lemon akan bertindak cerahkan warna bibir dan madu pula akan meneutralkan serta lembapkan bibir sehingga kelihatan kemerahan. 2) Guna Buah Beet sebagai 'mask' Buah beet juga boleh berperanan menjadikan bibir kembali kelihatan berwarna semula jadi. Mudah saja caranya iaitu dengan hanya memotong secara nipis ataupun haluskan beet dan sapu di seluruh bibir. Biarkan hingga kering dan cuci dengan air bersih. Lakukannya setiap hari agar warna bibir kembali kelihatan cerah. 3) Minyak Badam Cukup ambil satu titis minyak badam dan sapu di keliling bibir. Lakukan setiap hari ketika nak tidur. Bukan hanya dapat mencerahkan malah juga mampu melembabkan bibir secara semula jadi. 4) Jus Timun Ambil sepotong timun dan haluskan. sapu di bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan cuci dengan air bersih. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman. 5) Skrub Kunyit Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi sebati. Sapu dan biarkan sehingga kering. Kemudian urut dan skrub merata di bahagian bibir supaya bibir menjadi lebih bersih dan cerah. |
11
Bagus |
23
Marah |
37
Terkejut |
26
Sedih |
40
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT