CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Hati Dah Tawar Pada Suami'

17-5-2016 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10361| Komen: 22

oleh Adib ZA

Sebagai seorang isteri pastinya mengharapkan yang terbaik daripada suami.

Namun, jika dapat suami yang tidak bertanggungjawab, lepas tangan dan langsung tidak mengambil tahu hal isteri, lama-kelamaan cinta itu boleh mati dan pudar.


Kepada kaum lelaki, jangan abaikan tanggungjawab anda kepada si isteri. Pelajari lebih banyak ilmu agama dan juga rumah tangga.

Seperti yang diluahkan oleh seorang wanita ini, menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga, rasa tawar hati sudah membelenggu hatinya selepas suami berlaku lepas tangan dan langsung tidak memikul tanggungjawab dengan baik:


Salam admin. Apa nak buat kalau hati dah tawar pada suami sendiri? Maybe sebab banyak sangat benda gaduh lepas tu saya pujuk hati sendiri. Lama-lama jadi tawar. 

Sayang cinta semua mati. Saya ini dahlah yang lone ranger sikit even before kahwin pun saya jalan seorang-seorang. Drive seorang. Bila dah kahwin, still tak berubah. Suami tak pernah risau kalau isteri dia turun bawah apartment pergi kereta sorang sorang ambil barang, pergi kedai sorang malam-malam. Dia ada tapi macam tiada. 


Semua benda tak boleh harap. Rasa macam kahwin dengan adik lelaki sendiri, bukan SUAMI. Saya banyak adik lelaki which as kakak saya spend masa and duit untuk mereka dulu, jadi macam itulah juga saya rasa dalam perkahwinan ni. Rasa tanggungjawab suami jugak kurang. 

Hutang pada parents saya sebab dia accident kereta mak saya, dia tak tahu nak bayar padahal dah banyak kali saya ingatkan. Dia macam tak pernah dan tak boleh hidup susah, padahal before kahwin, pernah one time hidup dia susah sangat sampai tak makan sebab takde duit. 

Sebelum ni dia lama jobless, sayalah yang korek duit bayarkn sewa bilik dia. Sayalah yang bagi duit belnja makan minum dia. Saya jugaklah yang siap jual handphone sy. 

Saya rasa saya taknak bazirkan hidup saya, sudahlah jadi bodoh. Sy sayangkn parents saya sangat, asyik tolong je saya setiap kali ada masalah. Saya nak fokus balas budi mereka. Bukan lagi menyusahkan. Saya tak takut title janda, paling penting saya rasa saya tak perlukan orang yang tak tahu fungsi sebenar suami. Solat pun tak. 

Kalau gaduh, apa yang saya minta berubah tu macam tak masuk langsung dalam kepala otak dia. Janganlah cakap suruh slow talk dengan suami, takkan jalan. Dan saya sebenarnya pun agak ragu ragu dengan happily ever after untuk diri sendiri. Tawar sangat hati ini hmmm. Terima kasih atas semua pandangan.



(sumber foto: Carian google)

15

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
19

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 17-5-2016 06:22 PM
nak berpisah, pisah saja la.

apa lu mau cerita pnjg2 burukkan org?

lu 5 minit punya cerita mau bazir ms mcm 1 tahun punya cerita.

chi bye punya org!
Quote ahlam_nabiha 17-5-2016 06:23 PM
Rumah tangga perlu ada give and take..kalau semua kita yg bagi maksudnya suami tak jalankan tanggungjawab dia yg sepatutnya..bincang n senaraikan tanggungjwb masing2..kalau masih tak jalan buat keputusan.
Quote buttergal 17-5-2016 06:25 PM
Msa becints dh tau pangai somi nape still go on?.

Moga ko ada jln penyelesaian..
Quote cmf_premierleag 17-5-2016 06:34 PM
Kalo dah takde rasa sayang cinta tu sume..cerai je leee
Quote Nham22 17-5-2016 08:24 PM
Susah jugak nak cerai klu xde reason kukuh..lainlah suami sedia jatuhkan talak..hurmm..mcm2 nanti pegawai agama tu soh buat dulu sebelom cerai
Quote mijae 18-5-2016 11:12 AM
Hati tak boleh dipaksa..jika itu jalan yg terbaik..semuga sis mendapat jln penyelesaian yg sebaiknya
Quote apiang 19-5-2016 10:24 PM
alaaa....ni cerita org lain....apa la tt
Quote armin 21-5-2016 12:50 PM
Nham22 replied at 17-5-2016 08:24 PM
Susah jugak nak cerai klu xde reason kukuh..lainlah suami sedia jatuhkan talak..hurmm..mcm2 nanti pe ...

Takde reason apanya dah biawak hidup tu la reason terbesar. Terbalik pulak bila bini kena tanggung jantan pun still dikira takde reason? Mintak fasakh or tebus talak or cerai taklik je la apa susah. Bukannya susah sgt pun nk harap laki je ceraikan.
Quote pearlady 21-5-2016 11:00 PM
klu hidup berulam jantung...lama2 leh jd mayat hidup
hilang jiwa pd suami..skdar fizikal yg ada jd cam batang kayu

cerai mungkin jalan terbaik...
Quote LuLu^Lost 22-5-2016 04:56 PM
otai_g replied at 17-5-2016 06:22 PM
nak berpisah, pisah saja la.

apa lu mau cerita pnjg2 burukkan org?

cara otai_g jawab mcm terasa je . bagi saya perkara biasa dalam forum ni orang cerita masalah. dan sy bersyukur ada cerita2 mcm ni, sebab boleh bagi pengajaran pada adik lelaki/abang atau anak lelaki sendiri nanti. terutama bagi adik perempuan/kakak dan anak perempuan untuk sentiasa alert dengan masalah "mayat hidup" gini. mahu ke dengar suatu hari nanti anak perempuan balik mengadu, kata menantu malas keje dan ditanggung sepenuhnya oleh anak perempuan sendiri? kalau takde sape cerita masalah, mungkin forum ni tak wujud atau kolum dlm surat khabar cerita pasal masalah rumahtangga juga tak ada. jadi mana nak datangnya pengajaran tu? ke mcm mana?
Quote cadarblogsot 23-5-2016 04:59 PM
Betul... lelaki yg rajin dh susah nk jumpa
Quote mizlily 24-5-2016 08:45 AM
when the wrong people leave your life, the right things start happening.
Quote drlinda08 24-5-2016 10:37 AM
sesekali rasa jugak mcmtu..
tp pk anak2 mcmcane ? sian kt dorang..
tahan je la hati sendiri
Quote hazlinshah 24-5-2016 11:34 AM
takde story pun pasal anak... kalau masih hidup berdua, tolong la happykan diri sendiri dulu... lain la happy ada suami walaupun perangai mcm tu...
Quote fairy_fairy 26-5-2016 06:46 AM
Dah nak muntah baca dan dengar kisah begini. Dah ko nampak kebiawakan lelaki tu sebelum ni, what makes you think that he will change after you guys are married? Beli baju, boleh pulak membelek sampai sejam nak pastikan jahitan baju tu perfect, beli makanan, boleh pulak tanya kehalalan sampai lubang cacing, nak bersuami, boleh pulak pilih manusia yang asal ada jer??
Quote suehanna821 2-6-2016 10:14 PM
orang yg hadapi je yg phm rase tawar hati tu... doa byk2, mintak petunjuk... lau berpisah jln terbaek, buatla.. utk kebaikan kedua2 pihak...
Quote bulanbulat 8-6-2016 11:27 PM
Masalah suami tak bertanggungjawab macam mana nak tackle? Tegur melenting, kaunseling jauh lagilah
Quote hagemaru12 29-8-2016 12:08 PM
Hati tak boleh dipaksa..jika itu jalan yg terbaik..semuga sis mendapat jln penyelesaian yg sebaiknya

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050784 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top