Oleh : Dean BZ
Minat, suka, rindu dan lahirnya rasa sayang pada seseorang membuatkan hati menjadi gundah gulana dan tidak keruan dibuatnya. Tetapi satu masalah yang sering bermain diminda adalah bagaimana cara ingin meluahkan perasaan itu pada si dia. Risau juga jika bertepuk sebelah tangan atau dalam kata lain jadi jejaka/gadis perasan. Hendak dibiarkan, takut terlepas pula ke tangan orang lain. Usahlah tunggu lagi, tidak salah mencuba kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah tahu apakah perasaan dan isi hati si dia terhadap kita. Jadi bagaimana ingin memulakannya? Cuba Petua Untuk Meluahkan Perasaan Cinta ini, dipetik dari demicinta.my.
Foto - wikiHOW 1. Rancang dengan Matang – Anda perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia. Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan, sebaliknya lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu. 2. Kenali Dia Lebih Dekat – Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu. 3. Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu – Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta. 4. Cari Waktu dan Tempat Yang Sesuai – Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang kundusif dan romantik. 5. Ungkapkan Cinta Secara Langsung – Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau emel. 6. Siapkan Minda – Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau berpeluh ketika mengucapkan kata cinta. 7. Doa – Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda. Jadilah seorang yang gentlemen. Jika si dia menolak luahan cinta anda, terima lah dengan hati terbuka. Selamat mencuba. - CARI Infonet. |
30
Bagus |
23
Marah |
28
Terkejut |
41
Sedih |
19
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
HannahMontana replied at 17-5-2016 09:10 AM
penampar barang sedas dua , tengok result ,love u till jannah ke see u in court
terma2nkondisi2 replied at 1-6-2016 12:26 AM
"3. Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu"
hmmmm... ungkapan cinta tanpa sesuatu x boleh ka?... aku dah ...
terma2nkondisi2 replied at 1-6-2016 12:26 AM
"3. Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu"
hmmmm... ungkapan cinta tanpa sesuatu x boleh ka?... aku dah ...
awanjingga replied at 29-8-2016 05:23 PM
dek non masuk tndas pun nk bayar 40seng
apatah lagi nk brcinta....
ADVERTISEMENT