Oleh : Dean BZ Kebelakangan ini hujan lebat dan banjir kilat yang mula melanda negara jelas menunjukkan perubahan cuaca dari musim panas (EL Nino) kepada musim hujan (La Nina).
Rakyat Malaysia sebelum ini terpaksa menahan musim panas yang melampau, bil elektrik yang melambung akibat penggunaan penghawa dingin yang kerap dan empangan juga telah banyak mengering. Pertanian dan perladangan adalah industri paling terjejas kerana banyak pokok-pokok mengering dan tidak kurang ada yang terbakar.
Namun mungkin kita semua sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada El Nino dan perlu bersiap sedia menghadapi La Nina dengan kesan yang sebaliknya iaitu hujan lebat beserta angin kencang. Pakar klimatologi dan oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) profesor Dr Fredolin Tangang berkata lebih banyak hujan akan berlaku pada tempoh itu, sekali gus memungkinkan masalah banjir yang serius di negara ini. Katanya, ramalan itu konsisten dengan analisis terkini Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Pertubuhan Bangsa Bersatu pada April, bahawa ia hampir 70 peratus akan berlaku pada akhir tahun ini. Sedikit peringatan dan tips untuk anda semua ketika musim La Nina : 1- Jangan terus memandu ketika hujan lebat. 2- Elakkan berteduh di bawah pokok ketika ribut. 3- Jangan menggunakan telefon bimbit ketika petir. 4- Jangan biarkan anak-anak bermain diluar rumah ketika ribut melanda. 5- Rancang perjalanan sebaiknya. Dalam keadaan ribut apa-apa boleh terjadi, jangan ambil mudah kerana malang tidak berbau. Semoga tips ini bermanfaat buat semua. - CARI Infonet. Sumber - Bernama
|
6
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dizzek replied at 16-5-2016 03:10 PM
Lebih banyak hujan dijangkakan sepanjang tempoh fenomena La Nina sehingga
ke hujung tahun ini
spiderman80 replied at 16-5-2016 03:13 PM
Baguslah Dizeck. Kalau tidak, panas sampai nak mati.
Bravo jugak kepada Dizeck sebab tidak poli ...
MissVixen replied at 16-5-2016 04:03 PM
bil eletrik turun. dah tak perlu on aircon malam atau siang.
mokcikKSKB replied at 16-5-2016 04:03 PM
rain rain go away..come again another day..insy winsy wants to play..rain rain go away
dizzek replied at 16-5-2016 04:58 PM
yang ini bomoh ujan kokesen punya jampi ni
ADVERTISEMENT