oleh Adib Za Kisah nenek dan cucu ini pernah menjadi buah mulut dan viral sejak tahun lalu. Seorang nenek, Guan Neo tetap memikul tanggungjawab membesarkan cucunya dengan sempurna walaupun mereka menganut agama yang berbeza. Malah, kasih sayangnya begitu luar biasa sejak 20 tahun lalu apabila diamanahkan menjaga cucunya itu.
Ketika itu Fariha Nabilah, hanya berusia 4 bulan. Namun sejak itu, dia tetap dididik dengan ajaran agama Islam, meskipun neneknya itu menganut Buddha. Kini, sekali lagi cerita kasih sayang mereka dipaparkan apabila keduanya diundang dalam sesi temubual di TV Al Hijrah. Kisah bagaimana Guan atau Popo terus menjaga keperibadian Fariha itu agar menjadi muslim yang baik, telah membuka mata banyak pihak, malah menyentuh perasaan mereka.
Menurut laporan laman Mynewshub yang memetik temubual di TV Al Hijrah, Popo turut memiliki tiga anak yang beragama Islam. Tidak pula berasa kekok atau janggal, sebaliknya Popo sangat menitikberatkan ajaran Islam itu sendiri terhadap Fariha. Itu yang diberitahu sendiri oleh Popo, menerusi temubual itu. “Saya pastikan tiada benda haram dalam Islam dalam rumah saya. Malah, saya pastikan setiap hari untuk mengantar cucu saya ke kelas mengaji Al-Quran ketika dia mula berusia 3 tahun. “Fariha khatam Quran tiga kali,” kata Popo. Manakala, bagi Fariha sendiri yang kini menuntut di UiTM, katanya dia masih pulang ke rumah nenek kerana sentiasa merindui Poponya. Dia juga menganggap, pengalaman yang dilalui ketika dibesarkan oleh Popo sebagai satu pengalaman yang unik dan menyentuh perasaan. “Sekarang pun, setelah berusia 21 tahun, Popo tetap akan membangunkan saya pada waktu sahur ketika bulan Ramadan,” katanya. Banyak pengajaran sebenarnya yang boleh didapati daripada kisah nenek dan cucu ini. Pertamanya, jangan sampai kita memandang serong atau rendah kepada mereka yang hidup berbeza agama. Apa yang ditunjukkan oleh Popo dalam mendidik cucunya ini juga boleh dijadikan inspirasi kepada para ibu bapa yang lain. Moga lebih ramai yang menerapkan nilai agama tinggi kepada anak-anak mereka seperti yang ditunjukkan oleh Popo. - CARI Infonet Sumber: Mynewshub
|
18
Bagus |
19
Marah |
17
Terkejut |
32
Sedih |
39
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zhatul replied at 12-5-2016 04:41 PM
kalau popo convert kan bagus ...........
chazey replied at 12-5-2016 11:46 PM
Kalau dia convert akak takut jah dia jadi religious bigot dan tak sebaik sekarang.
ADVERTISEMENT