Oleh : Dean BZ
Zaman ini, ramai yang sukar berpisah dengan gajet/telefon bimbit. Kemana sahaja berada pasti disitu ada gajet. Tabiat ini dilihat semakin menjadi-jadi hingga saat "menunaikan hajat" ditandas juga ada yang membawa gajet. Kebanyakan lelaki lah paling gemar membawa gajet ke tandas mungkin kerana ada perkara yang boleh dilakukan dikala kebosanan menunggu "urusan" selesai. Bukan tak ada perempuan yang gemar bawa telefon bimbit atau baca novel ketika membuang air besar, cuma mungkin peratusannya lebih rendah berbanding lelaki. Mungkin lah kot!
Jangan pandang ringan tabiat ini, mungkin dilihat tiada salahnya namun sebaliknya ia juga merbahayakan kesihatan. Memetik dari laporan Mirror, membaca buku atau "main telefon bimbit" disaat berak akan menyebabkan kuman lebih cepat tersebar kepada anda. "Ketika anda "flush toilet", air kencing, air tahi dan kuman akan terpercik hingga 6 kaki ke pelbagai arah (mungkin tak nampak)," kata seorang profesor mikrobiologi, Charles Gerba. Sementara itu untuk yang suka membaca buku ketika berak, pakar kesihatan dari Bnai Zion Medical Centre, Ron Shaoul, mengatakan perbuatan tersebut mendatangkan risiko lain selain terdedah kepada kuman. "Orang-orang yang berak sambil membaca buku cenderung menghabiskan waktu di tandas lebih lama dibandingkan tanpa membaca buku. Akibatnya mereka banyak mengalami haemorrhoid atau ambeien," katanya. Jadi brader-brader sekalian, jika anda tergolong dalam golongan diatas cepat-cepatlah hentikan perbuatan itu. Mungkin kesannya tidak terlalu drastik tetapi secara logiknya punca utama penyakit berpunca dari kuman. Risiko untuk mendapat kuman akan lebih rendah jika tidak bermain gajet atau membaca buku di tandas. Ya lah, selepas berak boleh cuci tangan dengan pencuci tetapi telefon bimbit dan buku nak cuci pakai apa pula? Semoga bermanfaat. - CARI Infonet. |
16
Bagus |
23
Marah |
22
Terkejut |
13
Sedih |
19
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT