Oleh : Dean BZ Berbulan madu atau honeymoon merupakan saat-saat istimewa dan sangat dinantikan oleh pasangan yang baru saja bernikah. Boleh dikatakan setiap pasangan yang baru mengikat janji suci tidak sanggup lagi untuk melewatkan momen indah ini.
Sudah tentu ramai pasangan pengantin baru teringin berbulan madu di negara beriklim sejuk tetapi mungkin faktor kewangan dan masa menidakkan niat itu. Tak mengapa kerana disini kami cadangkan kepada anda 6 destinasi sejuk yang ada di dalam negara kita, dipetik dari OhMedia. Tak perlulah buang duit jika masih belum mampu, 6 destinasi ini juga tak kurang hebatnya. Check it out! 1. Genting Highland Kedudukan Genting Higland yang terletak di Pahang dan tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur sudah pasti memudahkan perjalanan ke sini. Sangat sesuai dijadikan destinasi berbulan madu kerana selain suhu yang sejuk, banyak juga permainan disediakan disini. Pemandangannya sudah tentu sangat menakjubkan.
2. Cameron Highland Lokasi pertama yang bermain di fikiran jika mahu suasana sejuk sudah tentunya Cameron Highlands. Di tanah tinggi dengan suhu 20 darjah Celsius ini banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama pasangan. Selain ke Taman Ros atau nurseri-nurseri yang dipenuhi bunga-bunga berwarna warni, anda boleh menikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang teh yang saujanan mata memandang. Resort dan hotel banyak terdapat di sini, pilih saja mengikut bajet anda. 3. Bukit Tinggi Tarikan utama di sini tentunya Colmar Tropicale. Dibina seakan struktur bangunan kolonial dengan padanan warna yang cantik akan membuatkan anda berasa seperti berada di luar negara. Pengalaman lebih indah kalau dapat menginap di sini. Ada beberapa destinasi menarik boleh dikunjungi anda suami isteri selama berada di Bukit Tinggi ini antaranya Taman Jepun yang dipenuhi dengan pokok bonsai, kolam ikan dan batu putih persis taman di negara matahari terbit itu. 4. Fraser Hill Bukit Fraser, destinasi peranginan santai ini letaknya di Banjaran Titiwangsa Pahang. Suhunya sekitar 17 darjah Celsius, sesuai untuk pengantin baru. Selain menikmati suasana alam semula jadi yang segar di sini, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di daerah yang turut dikenali sebagai The Little England of Malaysia ini. Antaranya, aktiviti berkuda, sukan air di Allen’s water atau memberi makan ikan di sini. Seperti di Cameron Highland anda boleh juga ke ladang strawberi dan di Taman Flora Bukit Fraser. 5. Kundasang Terletak lebih kurang 100 km dari Kota Kinabalu, suasana di sini sejuk dingin berlatar belakang pemandangan Gunung kinabalu. Anda disaran menginap di resort yang terdapat di Kundasang ini untuk menghayati keindahannya. Lokasi wajib dikunjungi di kundansang ini adalah Dairy Fairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu. Di sini anda boleh merasai suasana percutian seolah-olah di New Zealand dengan kawasan sekitar yang berkabus. Padang ragut yang hijau dan luas selain berlatar belakang gunung anda pasangan pasti takkan puas menikmati keindahan di sini. 6. Bukit Larut Bukit Larut dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell. Percutian di sini sesuai buat pasangan yang menginginkan suasana sunyi, dingin dan damai di atas puncak bukit. Pemandangan lebih menarik dan romantis pada waktu malam boleh dinikmati bersama pasangan kala berada di atas Bukit Larut. Anda akan disajikan panorama limpahan cahaya di seluruh Taiping, selain dapat melihat kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka yang mencipta ritma indah. |
26
Bagus |
30
Marah |
39
Terkejut |
12
Sedih |
26
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jajabeans replied at 11-5-2016 03:50 PM
zaman bila punye suhu ni npk sejuk bebenor.
Aku p cameron walau tgh hujan gerimis pun belum buat ...
Changa replied at 12-5-2016 10:12 PM
Entah sis lemak tebal kot? Kalau ummah banyak lemak over 20 tahap biasa jah, kalau below 10 nmbaha ...
adnil replied at 16-5-2016 10:56 AM
bukit larut - penah gie sambut new year sana 1 family - xla sejuk benor pun - malam sejuk la kot tp ...
puanserama replied at 16-5-2016 01:30 PM
uols g atas naik apa.. land rover tu ker
ADVERTISEMENT