oleh Adib Za
Siapa yang tidak terkejut dan naik angin bila tiba-tiba sahaja mendapati cermin kereta pecah dan retak seribu. Rupanya ia merupakan 'kerja' si pemotong rumput. Memang menyirap darah rasanya. Mungkin itulah yang dirasakan oleh netizen ini. Dia berkongsi kisah bagaimana cermin keretanya pecah dek kerana pemotong rumput di tepi jalan. Namun, tanpa menyangka pemotong rumput berbangsa Rohingya itu mengakui dia yang bersalah. "Aku pun mencari siapa punya angkara. Bila dah jumpa dia mengaku dan dia sendiri bawa ke kedai cermin untuk ganti rugi cermin baru (bos dia nak bayar). "Diceritakan tentang keadaan negaranya yang bergolak. Tapi dia mengingatkan tentang akhirat dan hari kematian.
"Dia kata kalau saya buat, biar saya yang ganti. Kalau saya lari sekarang belum tentu di akhirat saya dapat lari. Allahurabbi," begitulah antara yang diceritakan oleh netizen. Apa yang terjadi ini, mengajar kita agar tidak mudah menghukum orang lain bila mereka melakukan kesalahan. Mungkin dia benar-benar tidak berniat dan sanggup mengaku kesalahan pula. Sikap berani begini memang sangat memberi inspirasi kepada semua orang. Sedikit sebanyak dapat membuka hati dan minda ramai orang agar menjadi lebih jujur dan berintegriti. - CARI Infonet |
5
Bagus |
15
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
19
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 10-5-2016 12:22 PM
Bagus dia mahu mengakui kesalahannya siap nak bayar ganti rugi. Sebenarnya dah banyak kes kereta ke ...
kurga replied at 10-5-2016 12:46 PM
dekat bangunan opis aku.. masa tu kat parking... ade lah polis pompuan ni mcm tomboy la gaya nya.. ...
Jajabeans replied at 10-5-2016 01:35 PM
ko rakam x. kalau ko rakam, mmg wajar ko bg rakaman pada pemilik kete kena langgar baru pdan muka ...
kurga replied at 10-5-2016 02:23 PM
x terpikir la nak rakam... tp mmg tenung jugak polis ppuan tu... mmg dia buat dekk jer lalu tepi a ...
ADVERTISEMENT