oleh Adib Za Pelakon yang kini telah berhijab, Fathia Latiff sama sekali tidak menjangkakan dia bakal memenangi Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.
Ini kerana dia lebih banyak berlakon dalam drama berbanding filem. Bercakap kepada Mstar, Fathia meluahkan rasa syukurnya. "Saya jangkakan nama saya pada kategori drama kerana saya lebih banyak terlibat dalam drama-drama temptan berbanding berlakon filem. "Ini rezeki daripada Allah dan kita sebagai manusia tidak boleh mempersoalkannya, saya gembira dan bersyukur dengan rezeki dan pengiktirafan yang saya dapat pada malam ini," ujarnya.
Dalam kategori itu, Fathia telah menewaskan pelakon lain seperti Emma Maembong, Nur Risteena, Neelofa dan Siti Saleha. Dalam pada itu, memetik laman Rotikaya, Fathia berkata dia sangat berterima kasih kepada para peminat yang selalu mendoakannya agar berhijab. “Apa yang kita buat ini adalah kerana Allah bukan kerana orang lain. Saya berterima kasih kepada mereka yang menegur saya untuk bertudung. Tapi daripada dulu lagi orang suruh saya pakai tudung cumanya ketika itu saya tak terbuka hati lagi kerana saya buat kerana Allah dan dia akan datang sendiri” terangnya. - CARI Infonet Sumber: mStar Online/ Rotikaya |
4
Bagus |
8
Marah |
2
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ALDRIN replied at 10-5-2016 11:36 AM
alhamdulilah.....sayang sgt kat FL nih....kwn DM iols memalam dia nih.....hehehe
ALDRIN replied at 10-5-2016 11:36 AM
alhamdulilah.....sayang sgt kat FL nih....kwn DM iols memalam dia nih.....hehehe
ADVERTISEMENT