Oleh : TS LOO
Betul kata orang tua-tua, rezeki mampu hadir dalam pelbagai cara walaupun adakalanya ia dirasakan mustahil. Allison Noyce yang sudah berusia 36 tahun antara insan bertuah apabila mendapat rezeki yang langsung tidak pernah difikirkannya iaitu anak. Bukan tidak mahu bergelar ibu, tetapi menopause seawal usia 20 tahun seolah-olah meragut impiannya untuk memiliki cahaya mata. Untuk makluman, kajian mendapati seorang daripada 20 wanita akan mengalami menopause awal kerana ovarinya tidak berfungsi dengan baik. Kisahnya bermula pada Julai 2013 apabila Allison sakit perut dan menyangka ada ketumbuhan di dalamnya. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia sebenarnya sedang mengandung lapan bulan!
Saya dan suami, Richard tidak pernah menyangka akan bergelar ayah dan ibu apabila ujian mengesahkan saya sudah menopause sebelum ini, ujarnya. 12 hari kemudian, Allison melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan dinamakan Sophie. Dia umpama bayi ajaib kerana kami tidak pernah menyangka akan memilikinya. Kami bertuah, kata Allison gembira. Kini Sophie sudah berumur hampir 3 tahun yang merupakan seorang anak gadis yang jelita dan berwajah comel. Gambar di bawah diambil ketika Sophie berumur 18 bulan. sumber info: http://www.mirror.co.uk/
|
17
Bagus |
18
Marah |
37
Terkejut |
26
Sedih |
22
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-LTS replied at 9-5-2016 04:47 PM
Oleh : TS LOO
ADVERTISEMENT