Kota Bharu: Seorang lelaki warga Bangladesh beragama Islam menggeletar dan pucat lesi selepas dicekup ketika makan dan minum serta menghisap rokok di sebuah kedai makan milik bukan Islam di kawasan perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam. Lelaki berusia 30-an itu ditahan jam 12.30 tengah hari oleh sepasukan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dalam satu operasi khas. Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan) MPKB-BRI Ramly Che Hussain berkata, lelaki itu mungkin cuba menyamar sebagai bukan Islam kerana rupanya yang sama dengan warga asing bukan Islam yang turut makan dan minum di situ. Katanya, selain cuba menyamar, lelaki itu turut mendakwa cedera di bahagian ibu jari kaki sehingga tidak boleh berpuasa. “Lelaki itu sebenarnya cuba memberi pelbagai alasan bagi mengelak ditahan selepas identiti sebenarnya terbongkar termasuk meminta ampun daripada penguat kuasa supaya dirinya dilepaskan. “Bagaimanapun, tindakannya gagal mempengaruhi anggota penguat kuasa yang kemudiannya menahan dan membawanya pulang ke Kompleks Islam Darul Naim di Lundang, di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya. Menurut Ramly, sebelum itu beberapa lelaki beragama Islam melarikan diri selepas dipercayai membeli nasi di kedai makan bukan Islam berdekatan Jalan Merbau, di sini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/19
|
berusjamban posted on 19-7-2013 09:56 AM
last year kat kawasan kilang di bangi pun ada jgk melayu jantan moslem yg dok mkn tgh hari kat sebua ...
mrsrezza posted on 19-7-2013 11:47 AM
kak ros heran sebab kat kelantan hanya ada ummah melayu...x de pendatang mahupun jawa
ADVERTISEMENT