CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tawan Lelaki Yang Anda Minati Dengan 10 Bahasa Tubuh Ini

6-5-2016 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15961| Komen: 26


Oleh : Dean BZ



Wanita memiliki daya tarikan yang "sangat mahal" kerana dari bahasa gerak tubuh sudah dapat menarik perhatian dan menundukkan lelaki.


Kalau tak percaya boleh cuba bahasa tubuh dibawah ini dan tengok apa reaksi lelaki yang anda minati itu.


1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…




2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.


4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.


7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.


10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Tapi awas, bahasa-bahasa tubuh diatas perlu dilakukan dengan berhati-hati dan bukan dibuat-buat. Ini kerana jika silap langkah, bahasa tubuh anda akan kelihatan seperti "buang tabiat". Apapun, perlukan banyak latihan dihadapan cermin sebelum proses menggoda dilakukan. Selamat mencuba. - CARI Infonet



Sumber -  MeTeddy
20

Bagus
22

Marah
14

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 6-5-2016 06:54 PM
baik bogel terus je
Quote Amandaa 6-5-2016 07:14 PM
Ada sorg kwn ppuan saya ni kalau dia bercakap dgn laki..jari tangan dia nanti mesti tenyeh2 meja ke dinding ke..apa apa objek yang berdekatan mesti di tenyehnya..nampak betul gatal merenyamnya..
Quote purpledesire 6-5-2016 08:17 PM
nie bukan menawan tp menggoda..
Quote hayati_soraya 6-5-2016 10:26 PM
euwww gross
Quote Apai86 7-5-2016 12:25 AM
ni kerana jika silap langkah, bahasa tubuh anda akan kelihatan seperti "buang tabiat".
hahaha...ayat ni memang sempoi....papehal pon...x perlu desperate sgt smpai ikut cara2 diatas sebab, nmpak mcm over pon ade...hahaha
Quote setokinpurple 7-5-2016 01:59 AM
Aku plk kalau dekat dgn org yg aku suka tgn automatik dok garu2 sana sini. Xtau la nape... Eeee tlg la x suke tau
Quote Ipo 7-5-2016 07:58 AM
macam nak menggatal je ni..
hanya dengan senyuman pun dah cukup untuk memulakan perkenalan....
Quote Ipo 7-5-2016 07:58 AM
macam nak menggatal je ni..
hanya dengan senyuman pun dah cukup untuk memulakan perkenalan....
Quote cik_tonggek 7-5-2016 03:49 PM
oleh itu para isteri gepren sekalian alam, behati2 lah ye
sekiranya ada betina gedik mana2
dok buat aksi2 sepeti petikan diatas kat depan laki bopren anda,
cepat2 buat2 tepijak kasut dia dgn ujong heels anda ataupun segera makan cinggam dan selit kat celah rambut karat betina garik tadi
selamat berjuang

Quote mujer_in_espejo 12-5-2016 04:06 PM
cik_tonggek replied at 7-5-2016 03:49 PM
oleh itu para isteri gepren sekalian alam, behati2 lah ye
sekiranya ada betina gedik mana2
dok b ...

    selamattt sis..  
Quote nfaaa 12-5-2016 04:54 PM
kalau pakai tudung nak kuak tudung ke? *flip shawl*
Quote turboturtle 12-5-2016 10:38 PM
setokinpurple replied at 7-5-2016 01:59 AM
Aku plk kalau dekat dgn org yg aku suka tgn automatik dok garu2 sana sini. Xtau la nape... Eeee tlg  ...

nanti org pikir bukan2...org tergaru garu xtentu arah ni biasa x mandi pagi
Quote setokinpurple 12-5-2016 10:48 PM
turboturtle replied at 12-5-2016 02:38 PM
nanti org pikir bukan2...org tergaru garu xtentu arah ni biasa x mandi pagi

iols rela dituduh x mandi pagi dari dituduh garu2 sbb miang

malu..x tau nk buat apa sbnrnya
Quote mesmerize 13-5-2016 12:26 AM
gediknya. aku lempang jugak kang
Quote alieyrina 13-5-2016 10:08 AM
Aku kalau jumpak laki yg aku minat aku rasa xdan nak buat suma tu..aku lari jauh2 dah..
Quote kimsa-ra 15-5-2016 03:07 AM
dasyat sgt smpi nk jongket kn bontot


klu jmpa malu la xangkt muka
Quote terma2nkondisi2 16-5-2016 11:21 PM
owh... kiranya ni sume bahasa seksualiti tubuh badan wanita..

boleh trigger nafsu lelaki.. tapi lelaki x sedar sbb berlaku pd minda separa sedar..

contoh cam ujikaji dua gmbr pmpuan yg sama tapi gmbr kedua with pupil dilation..

lelaki tertarik dgn gmbr kedua tanpa sedar..


Quote awanjingga 17-5-2016 02:38 PM
ni bukan nak menawan..

ni nak membirah...



Quote Super-M 21-5-2016 01:42 PM
Edited by Super-M at 21-5-2016 01:44 PM

Jangan mengoda Gitu.takut Jd gini realitynya.








Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.097318 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top