oleh Adib Za Agaknya apa yang bakal anda lakukan bila tiba-tiba akaun bank anda telah menerima RM1juta gara-gara kesilapan teknikal?
Adakah anda akan memaklumkan kepada pihak bank dan memulangkannya? Atau menganggap diri anda sebagai terpijak rezeki? Mungkin kedengaran macam mimpi sahaja, tapi itulah yang berlaku kepada seorang rakyat Malaysia yang menetap di Sydney, Australia. Merupakan seorang pelajar kejuruteraan kimia, Christine Jiaxin Lee, 21 nampaknya telah berjoli 'bagai nak rak' selepas menerima wang berjumlah AS$4.6 juta bersamaan RM13.85 juta! Ia dilaporkan tersilap dimasukkan ke dalam akaun bank Westpac miliknya pada 2012.
Wow! Siapa yang tak kabur mata kan dengan wang yang begitu banyak itu. Namun, pelajar ini telah ditahan pihak Polis Persekutuan Australia di lapangan terbang Sydney pada Rabu lalu ketika hendak meninggalkan negara itu. Penangkapan itu adalah kerana dia bersikap tidak jujur bila mengetahui tentang kesilapan teknikal terhadap akaun bank miliknya. Antara Julai 2014 dan April 2015, wanita ini telah beberapa kali membuat pengeluaran wang dan dianggap melakukan kesalahan jenayah. Lee juga dilaporkan menetap di sebuah pangsapuri mewah dengan bayaran $780 seminggu yang bersamaan RM2,300 atau $3,120 sebulan bersamaan RM9,200! Selain itu, dia telah menghabiskan lebih RM3 juta untuk membeli beg tangan dan juga barangan mewah yang lain. Pelajar ini telah tinggal di negara kanggaru itu sejak lima tahun lalu bersama teman lelakinya. Dia kini dibenar diikat jamin dan bakal dihadapkan sekali lagi ke mahkamah pada 21 Jun hadapan. Bagaimana dengan anda, adakah menganggap ia satu kesalahan jenayah, atau bukan salahnya kerana pihak bank yang tersalah memasukkan wang? - CARI Infonet Sumber: Daily Mail/ Malaysiandigest/ Malaymailonline |
pia250110 replied at 6-5-2016 04:47 PM
kalau i.. buat kelua masuk kat asb n bg die beranak..dividen tu baru i gune..duit tu i x usik..bole ...
system_failure replied at 6-5-2016 10:42 PM
Bygkan aku boleh release duit 100 pd kul 2340 then even though duit Tu sbnrnya dibankin pd kul 2350 ...
CiliPadiSedap replied at 7-5-2016 06:26 AM
Terangkan. Tak fahamlah
Too good too be true
periakuning replied at 7-5-2016 12:46 PM
Ai akan inform bank...
Even anak ai punya akaun tabung haji..ade org duk masukkan duit every mont ...
system_failure replied at 7-5-2016 05:13 PM
Takde sape leh view akaun org lain even suami Isteri atau ibu bapa sekalipun.
Itu restricted by b ...
periakuning replied at 7-5-2016 06:02 PM
Tapi anak tak cukup umur lagi..baru 11 tahun..dia pun tak berminat nak tahu kut..
system_failure replied at 7-5-2016 08:22 PM
Ahh.. kalo camtu anak hang masih bwh umur la ye..
Then as a parents u can access maa...
Tak berm ...
ADVERTISEMENT