|
oleh Adib Za Kemaskini 6.10 petang Dalam satu sidang media petang tadi, pengasas D'Herbs Datuk Aliff Syukri menjelaskan pihaknya tidak pernah memaksa KFA untuk mendapatkan tanah seluas kira-kira 60 hektar sebagai syarat tajaannya sebanyak RM30 juta.
"Ia hanya cadangan dan kami tidak memaksa. Saya cadang tanah itu dibangunkan untuk pelancongan dengan keuntungan dibahagikan bersama kerajaan negeri. "Tiada istilah saya mahukan tanah itu secara percuma, apa yang saya nak adalah untuk pelaburan. Kalau betul saya nak tanah, dengan RM30 juta saya boleh dapat tanah di Selangor. "Malah, jika KFA tidak setuju sekalipun dengan cadangan itu, memang saya berhasrat untuk menaja Kedah secara percuma sebanyak RM5 juta," ujarnya, memetik laporan Berita Harian. Baca selanjutnya: Berita Harian
Kemaskini 10 pagi Dilaporkan isu permohonan tanah seluar 40.5 hektar di kawasan Pokok Sena menjadi punca Kedah (KFA) menolak penajaan RM30 juta D'Herbs. Tanah tersebut adalah milik kerajaan negeri dan mempunyai nilai lebih tinggi daripada jumlah tajaan itu, memetik laporan Kosmo. “Pada awalnya, pihak D’Herbs menyatakan perjanjian berhubung penajaan itu adalah tanpa syarat. Namun pada awal April lalu, syarikat tersebut memohon tanah seluas 40.5 hektar. “Permohonan itu telah menyebabkan KFA sukar untuk menerimanya kerana ia adalah di luar kemampuan persatuan memandangkan ta-nah itu milik kerajaan negeri,” kata satu sumber. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Kosmo |
|
5
![]() Bagus |
5
![]() Marah |
4
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
4
![]() Lawak |
8
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
Jajabeans replied at 6-5-2016 12:39 PM
laaa.. igt nak taja utk tujuan promosi rupanya ada niat lain


ADVERTISEMENT