Oleh : TS LOO Ciuman adalah simbol kasih dan sayang yang diungkapkan menerusi perbuatan fizikal yang sangat… ROMANTIS dengan menggunakan bibir.
Secara umumnya, di sebalik kucupan seorang lelaki terhadap pasangannya sebenarnya terselit rahsia yang mungkin tidak difahami oleh wanita. Ciuman juga bisa dilakukan pada pelbagai bahagian anggota dan bukan hanya tertumpu pada pipi atau bibir sahaja. Nak tahu? Ayuh semak rahsia ciuman lelaki pada bahagian tubuh wanita yang mempunyai maksud berbeza.
1) Ciuman Pada Tangan Ciuman di belakang tangan wanita membawa tanda si lelaki menghormati anda. Namun ciuman ini jarang dilakukan lelaki kepada pasangan mereka, kerana ciuman ini lazimnya dilakukan oleh anak dan ibu. Namun andainya pasangan anda mencium tangan anda ertinya si dia cuba menunjukkan betapa dia menyanjung dan menghargai anda sebagai seorang yang sangat istimewa dalam hidupnya. 2) Ciuman Pada Dahi Ciuman begini penuh dengan kasih sayang. Ia membawa maksud bahawa betapa kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya. Saat dahi dikucup, wanita dapat merasakan getaran kasih lelaki kepadanya. 3) Ciuman Di Bibir Ciuman pada bibir wanita memberi makna si lelaki sedang menghadiahkan ciuman cinta. Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkap rasa cinta kerana ciuman di bibir wanita yang disayangi itu sudah memadai. 4) Ciuman Di Leher Jika suami anda mencium leher atau tengkuk anda, ianya menandakan bahawa dia sangat menghargai seluruh tubuh anda. Bukan hanya atas dasar nafsu semata. Ini menunjukkan bahawa pasangan anda memuja atau menghargai tubuh anda yang cantik dan sangat dicintainya. 5) Ciuman Dari Belakang Sesekali diberi kejutan oleh si suami yang memeluk anda dari belakang dan mengucup leher pasti membahagiakan. Ia membawa maksud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu. Walau baagaimana pu, jangan ghairah sangat nak mencium ataupun dicium, kena jaga juga kebersihan mulut sebelum melakukan perbuatan yang romantis itu. Jadi cuci mulut, kalau boleh gosok lah gigi barulah mula bertindak tak kira perempuan atau lelaki, huhu!- CARI Infonet sumber info: http://totescute.com/
|
16
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT