Oleh Izzah Abbasy
Sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2016 lepas, sebuah media terkenal telah bertanyakan kepada pekerja Gen Y, apa yang mereka mahukan dari majikan? Ramai berkata, pendekatan yang diambil oleh syarikat seperti Google and Facebook perlu diamalkan oleh majikan di Malaysia, memandangkan semakin ramai pekerja kini terdiri dari golongan Gen Y. Benarkah majikan di Malaysia lambat berubah mengikut zaman? Atau adakah pekerja Gen Y yang terlebih manja? Jom, ketahui 5 perkara yang diiginkan oleh Gen Y terhadap majikan mereka. - CARI Infonet 1. Waktu bekerja lebih fleksibel Nursabiha Fadillah, 26, berkata keperluan untuk masuk dan keluar dari tempat kerja pada waktu tetap adalah sistem lama yang sudah tidak relevan. “Asalkan cukup 8 jam bekerja, datanglah pukul berapa pun." “Kalau dalam sehari saya diberi beberapa tugasan, selagi saya boleh selesaikan semua tugasan itu, apa yang saya nak ialah dibenarkan masuk dan keluar pejabat jam berapa pun,” katanya. 2. Hubungan lebih kasual dengan bos Nik Ezzah Syukriah Sukri, 27, berkata hubungan bos dengan pekerja yang sangat formal tidak begitu sihat. “Apa yang saya mahu daripada majikan saya adalah fleksibiliti dari segi komunikasi, komunikasi secara lebih kasual. “Kami Gen Y ini mungkin ada stigma takut dengan bos, disebabkan sifat garang dan sebagainya. Itu kadangkala akan mengehadkan saya untuk tonjolkan diri saya,” katanya. 3. Ambil kira pendapat golongan muda Bagi Nur Sakilah Ismail, 27, berkata pendapat golongan muda kadangkala diperkecilkan oleh pengurusan yang kebanyakannya sudah berumur dan berpengalaman. “Sekarang ini, (jenis) bos yang suka bertanya kepada pekerja sudah berkurangan, mereka tidak tanya pendapat dan idea pekerja muda mereka. “Bila bos buat begitu, Gen Y akan lebih menghargai bos mereka dan mereka akan lebih bersemangat untuk lakukan kerja yang diberikan, mereka tidak akan berkira masa dan tenaga mereka,” kata Sakilah. 4. Kurangkan birokrasi “Gen X lebih bertumpu kepada prosedur, apa-apa kerja yang mereka lakukan mereka kaitkan dengan prosedur dan perundangan. Gen Y, kami lebih fleksibel,” kata Mohd Ridzuan Hassan, 29. Katanya, struktur pentadbiran banyak syarikat tempatan adalah sistem lama. Kalau terlalu banyak birokrasi, kerja yang perlu dilakukan akan tertangguh lebih lama. ” “Ya, kita memang kena ikut prosedur di tempat kerja, tetapi kalau terlalu banyak birokrasi, kerja yang perlu dilakukan akan tertangguh lebih lama,” katanya. 5. Sediakan infrastruktur untuk hilangkan tekanan Nursabiha Fadillah turut menekankan pentingnya menyediakan infrastruktur menarik untuk kakitangan. “Bila tertekan, boleh pergi ke play room atau bilik rekreasi. Boleh diletakkan meja pool, bilik karaoke, Playstation juga. Nursabiha berkata, syarikatnya sudahpun menyediakan kemudahan sebegini untuk pekerja. “Saya nampak ini bukan saja menarik Gen Y, semua golongan menikmatinya di pejabat saya,” katanya. Adakah penting untuk majikan berubah mengikut zaman? Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia berhad (HRDF) Datuk C.M. Vignaesvaran berkata, majikan mungkin kehilangan pekerja berkualiti jika gagal berkembang mengikut zaman dengan cukup pantas. Katanya, pihak Sumber Manusia kini berdepan cabaran untuk memperbaharui polisi syarikat bagi memenuhi keutamaan generasi baharu. “Sekarang, pasaran pekerjaan sangat berorientasikan pekerja. “Jika majikan tidak modenkan diri dan tidak menyediakan diri untuk tenaga kerja berkualiti, mereka tidak akan kekal dengan anda,” katanya. Vignaesvaran ketika ditanya, bersetuju bahawa kebanyakan syarikat Malaysia masih mengamalkan sistem yang ketinggalan zaman. Apa kata majikan? Sementara itu menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan, majikan sukar memberi lebih kelonggaran kepada pekerja Gen Y kerana khuatir produktiviti akan terjejas. “Ada banyak laporan mengatakan bahawa lebih dari separuh hari setiap hari, pekerja bukan habiskan masa mereka dengan melakukan kerja-kerja syarikat, sebaliknya mereka melakukan kerja lain yang tiada hubung kait dengan syarikat. “Ini apabila mereka berada di syarikat. Jadi majikan sekarang khuatir kalau mereka tiada di syarikat, mungkin mereka akan lakukan kerja syarikat 10 peratus saja dalam sehari,” katanya. Walaupun bersetuju majikan perlu berubah mengikut arus pemikian baru, Shamsuddin menegaskan kedua-dua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan peralihan ini berlaku. Pekerja juga harus mainkan peranan dan tunjukkan bahawa mereka boleh dipercayai dan mempunyai integriti yang tinggi. Anda pula bagaimana? Sebenarnya, majikan dan pekerja haruslah serasi. Ada pendekatan kesefahaman semasa bekerja akan meningkatkan produktiviti bekerja. Bukanlah menindas dan hanya memberi arahan sahaja. Pekerja tak tertekan, majikan pasti senang hati apabila hasil kerja 'cantik' keseluruhannya. Setuju tak? - CARI Infonet
|
18
Bagus |
13
Marah |
18
Terkejut |
14
Sedih |
7
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ajinomotonosuga replied at 4-5-2016 06:35 PM
Generasi y generasi pondan!!!
Tengok steve job masa mude taun late 60s n early 70s, muda mud ...
ADVERTISEMENT