oleh Adib Za
Gabungan kentang bakar dengan cheese atau keju boleh buat kecur air liur. Menariknya resipi ini memang sangat sihat kerana menggunakan minyak dengan kadar minimum. Bagi anda yang gemarkan sayur-sayuran pasti akan jatuh hati dengan menu kentang bakar ini. Bahan-bahan: 5 biji ubi kentang saiz besar 1/2 sudu besar mentega 1/2 labu bawang besar - potong dadu 2 tangkai daun bawang - potong kecil
1/2 cawan susu segar 1/4 cawan UHT whipping cream garam dan lada sulah secukup rasa Parutan keju cheddar secukupnya untuk taburan Cara-cara: 1. Bersihkan kentang, kemudian kukus hingga lembut. Angkat dan biarkan betul-betul sejuk. 2. Potong 1/3 bahagian atas ubi kentang. Keluarkan isinya menggunakan sudu, tinggalkan 1/4 tebal bahagian kulit luar. 3. Hancurkan isi kentang yang di keluarkan tadi. Ketepikan. 4. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan susu segar dan whipping cream, panaskan hingga berbuih di tepi periuk tetapi jangan sampai mendidih. 5. Tuang sedikit-sedikit ke atas ubi kentang, dan gaul hingga sebati, masukkan daun bawang dan perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. 6. Sudukan adunan tadi ke dalam kulit kentang hingga penuh. Akhir sekali tabur dengan parutan keju cheddar. 7. Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 15-20 minit atau hingga keju cair dan keperangan. - CARI Infonet Sumber resipi: resipi citawarasawan |
30
Bagus |
22
Marah |
17
Terkejut |
20
Sedih |
22
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT