Oleh Izzah Abbasy
Setelah gambar yang memaparkan seorang nenek membiarkan cucunya kencing di atas lantai pesawat tersebar di laman sosial, nenek tersebut dikecam hebat oleh netizen. Beberapa keping foto kejadian dimuat naik oleh penumpang pesawat yang berada di sebelah tempat duduk nenek tersebut dalam pesawat penerbangan dari Zhengzhou ke Beijing. Menurut penumpang itu, pada mulanya, kanak-kanak itu memberitahu nenek itu bahawa dia mahu membuang air kecil. Namun nenek itu tidak membawa cucunya ke tandas tapi menanggalkan seluar kanak-kanak itu dan membiarkan dia kencing di atas lantai pesawat. Netizen mengecam tindakan nenek itu yang menyifatkan tindakan itu memberi contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak itu. "Terima kasih dengan contoh seumpama ini dan apabila kanak-kanak itu membesar, pasti dia akan mencontohinya," tulis seorang netizen. Insiden seumpama ini bukanlah pertama kali dilaporkan malah tahun lalu, sepasang suami isteri membiarkan anak mereka membuang air besar di dalam kabin dengan alasan tandas pesawat itu terlalu kecil. Seandainya, nenek tersebut tidak mampu bergerak ke tandas, ada baiknya meminta bantuan kepada krew yang bertugas. Lantai pesawat sudahlah dilapik dengan karpet sudah tentu sukar untuk dibersihkan ditambah dengan bau hancing air kencing pula. Tidak pasal-pasal bau tersebut merebak satu pesawat. Harapnya kejadian ini tidak berlaku di Malaysia dan pastikan anak-anak kecil memakai lampin pakai buang atau bawa mereka ke tandas dengan segera. - CARI Infonet
|
bluehedgehog replied at 4-5-2016 03:20 PM
pprt china
prettyuglybabe replied at 4-5-2016 04:35 PM
teringat member cerita ada ahso kat opis beliau cakap melayu pengotor pasal basuh berak guna tangan. ...
cucuq replied at 4-5-2016 04:40 PM
Haha kan..sama lah kwan cucuq crita kawan cina die kate kalo kencing x basuh lagi ok dari orang me ...
ADVERTISEMENT