CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Janji Tinggal Janji..Tangan 'Baru' Tak Kunjung Tiba

4-5-2016 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4949| Komen: 16

oleh Adib Za




Bila meluahkan bukan bermaksud membawa makna yang buruk, merungut atau bertujuan menjatuhkan sesiapa. Namun, sedikit sebanyak dapat membantu orang lain agar tidak terkena seperti yang kita lalui.

Itu yang dicoretkan oleh seorang ibu kepada seorang kanak-kanak istimewa, Ainaa Amanda yang pernah menyentuh ramai hati masyarakat suatu masa dulu.

Si kecil Ainaa dilahirkan tanpa tapak tangan dan kisahnya pernah menjadi viral sedikit masa lalu. Sehingga ada pihak yang berjanji untuk memberikan sumbangan tangan palsu 3D yang menggunakan bateri. 

Namun, janji hanya tinggal janji, itu yang dikatakan oleh ibu ini, Abby Hassan. 

Dia mempersoalkan ketika majlis untuk menyerahkan tangan palsu, pihak media turut dijemput. Sudah tentu untuk memberi publisiti dengan mudah kepada mereka ini. 

Namun selepas majlis, tangan palsu masih juga tidak kunjung tiba.  Ketika promosi, wajah anaknya dan seorang lagi kanak-kanak istimewa dicanang ke sana dan ke mari. Apakah tujuannya?

Katanya lagi, sekembalinya dari majlis yang diadakan di Ipoh itu, mereka berasa begitu hampa. 




"Kita ingatkan orang mahu menolong kita dengan ikhlas, tak perlulah nak berkira," ujarnya merujuk kepada wang perjalanan mereka ke Ipoh dari Kedah. 

"Penderma pun terang-terang sudah membuat pembayaran pada mereka. Siap panggil pihak media siarkan di akhbar masing-masing. 

"Hmmm, mungkin nak jadikan anak-anak istimewa ini sebagai stepping stone untuk dikenali. 

Itu antara yang diperkatakan oleh ibu ini. Dia juga mengajak masyarakat yang ingin menyumbang derma agar lebih berhati-hati selepas ini. 

"Kasihan anak kami, populariti dan keistimewaan mereka digunakan orang untuk meraih nama."

Semoga perjalanan Ainaa Amanda terus dipermudahkan dan bagi yang hanya mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain, berhentilah berbuat demikian. - CARI Infonet


30

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
21

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adoitolongsaya 4-5-2016 03:35 PM
apa nak jadi? duniawi penuh dgn pura pura...
Quote iskans 4-5-2016 03:51 PM
Yang buat tangan tu bekas guru kan?
Quote saviour_09 4-5-2016 03:59 PM
takpe la dik..
ada la rezeki lain tu nanti..
tak payah diharap la orang macam tu kalau dah tau perangainya
Quote awanearisu 4-5-2016 03:59 PM
Edited by awanearisu at 4-5-2016 04:06 PM
iskans replied at 4-5-2016 03:51 PM
Yang buat tangan tu bekas guru kan?


Kalau ikut kronologinya, cikgu tu cuma buatkan tangan mekanikal. Kosnya kurang rm100 je dan dah diserahkan. Yang ini janji dari syarikat lain.
Quote awanearisu 4-5-2016 04:00 PM
Edited by awanearisu at 4-5-2016 04:03 PM

BERITA  PUBLISHED: 13 January 2015, 10.00 pm

Ainaa Amanda bakal dapat tangan mekanikal percuma

BY: QURNISHA HAMKA

KUALA LUMPUR, 13 Januari:
Niat hanya untuk berkongsi cerita mengenai hari pertama anak istimewanya, Ainaa Amanda Shahzali akhirnya membawa tuah.
Bukan saja video mengenai cerita Ainaa Amanda menjadi viral di Facebook, malah murid tahun satu itu juga bakal menerima tangan palsi mekanikal percuma daripada Pebblereka 3D Print.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Hilmi Muhammad, 34, ketika dihubungi The Rakyat Post mengesahkan perkara berkenaan, dengan tujuan untuk membantu insan istimewa itu.
Hasil keprihatinan rakyat Malaysia, kekurangan Ainaa Amanda akan berakhir, dengan adanya teknologi yang ditawarkan syarikat milik usahawan muda berkenaan.
“Selain Ainaa Amanda, ada dua lagi kanak-kanak yang mempunyai masalah sama dan kami akan bantu mereka.

“Kami buat ini memang semata-mata untuk kebajikan dan juga sebagai sumbangan kepada masyarakat, itu tujuan kami,” kata Ahmad Hilmi.


Read more and credit to: http://bm.therakyatpost.com/beri ... cuma/#ixzz47fiw0c00
Quote iskans 4-5-2016 04:01 PM
ada unsur khianat / tipu dari penaja lah ya....
Kesian budak budak tu

Quote red_cattleya 4-5-2016 04:06 PM
budak2, mesti asyik tny je kan..kesian pulak
Quote chinta89 4-5-2016 04:09 PM
yg berkenaan mohon tampil bagi penjelasan.
Quote CekodokCracker 4-5-2016 04:27 PM
oooo...itu ceritanya....
Quote prettyuglybabe 4-5-2016 04:30 PM
tunggu pihak lagi satu pulak keluar statement..
Quote Apai86 4-5-2016 04:40 PM
kesiannye.....kalau la sy ade kepakaran...minat robot, tp x pandai buat....

mcm "Fullmetal Alchemist" pulak tgk budak berdua ni
Quote Shahreen74 5-5-2016 12:20 PM
viral kn sehabis boleh... tuntut apa yg dijanjikan... kesian budak2 tu... klu dah janji ngan budak2 mmg budak2 akan tuntut sampai dpt..  
Quote EvieWanKenobi 5-5-2016 12:25 PM
mesti bagi macam2 alasang..
Quote mawar_pink 5-5-2016 01:54 PM
Ksian..dh diberitahu dpt tgn palsu mestila adik Amanda dok menanya je..
Quote fazamania 5-5-2016 03:08 PM
Apa ke gila tangan palsu mcm tu.. Dah mcm robot aku tgk..
Quote Andyscenes 5-5-2016 11:59 PM
kesian budak tu hurmmm..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052396 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top