Oleh Izzah Abbasy
Jika di luar negara, beberapa kawasan beranggapan gadis berhijab dilabel sebagai pengganas dan penjahat. Di Fontana, walaupun masyarakat masih trauma dengan kes tembakan berdekatan San Bernardino yang menyebabkan berbelas-belas maut namun tidak mematahkan semangat seorang pelajar bertudung yang telah berjaya dinobatkan sebagai ratu majlis tari, atau “prom queen” di Sekolah Tinggi Summit, California. Zarifeh Shalabi, 17, pada mulanya ragu-ragu ketika dicalonkan, namun beliau mendapat galakan rakan-rakan bukan Islam sehingga berjaya memakai tiara itu dalam satu majlis tarian 26 April lalu. Anggun berbaju putih labuh dan bertudung manik, Zarifeh menganggap kemenangannya “membuktikan tidak semua umat Islam itu membimbangkan.” “Mereka tidak melihat saya sebagai ancaman, sebaliknya cuma sebagai sahabat,” katanya seperti dilapor akhbar New York Times. Berpegang kuat pada ajaran agama menguji dirinya sebagai remaja apabila tidak dibenarkan oleh keluarga untuk pergi jauh dari kawasan perumahan dan jarang bergaul dengan lelaki. Zarifeh juga terpaksa menolak jemputan berparti dan tidur di rumah rakan, malah tidak pernah dibenarkan menghadiri majlis tarian sekolah. Namun rakan-rakan sebayanya menyatakan sokongan tidak berbelah untuk beliau memenangi anugerah itu, yang biasanya dimenangi pelajar paling popular di sekolah. Mereka turut memakai hijab sebagai tanda solidariti. Malah semasa hari pengundian, mereka mengedarkan tudung berwarna-warni kepada pelajar sekolah. Turut diedarkan belon dengan tulisan “Jangan jadi penjahat, undilah gadis berhijab.” “Kami melihatnya sebagai peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan. Cara ini dapat membuktikan bahawa kami menolak perbuatan buli dan rasisme,” kata rakan sebayanya Sarahi Sanchez. Hanya empat pelajar yang memakai hijab di sekolah itu yang mempunyai lebih 2,000 murid. - CARI Infonet
|
26
Bagus |
23
Marah |
9
Terkejut |
27
Sedih |
23
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 3-5-2016 11:23 AM
mmg tongkatstyle la ni
sharlenetexas replied at 3-5-2016 10:52 AM
designer leh wat design baru pas ni. tapi kalau design mcm karolina kurkova barut2 urat ni dah lama ...
noraidil_06 replied at 4-5-2016 04:19 PM
Mcm baju ahkak ziana zain
sharlenetexas replied at 4-5-2016 04:27 PM
tu la pasal..... baju ni dah lama dah. Rizman Ruzaini tiru sebijik. Dah la Ziana pakai tak lawa
...
noraidil_06 replied at 4-5-2016 04:29 PM
Rizman tiru eh?
saladin780 replied at 4-5-2016 04:35 PM
muka persis toh puan ragad kurdi je
ADVERTISEMENT