CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

GRO menyorok dalam tong sampah

18-7-2013 04:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3763| Komen: 6



Basri (kanan) memeriksa pasport warganegara asing yang ditahan dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Jabatan Imigresen Seberang Jaya, kelmarin.

PERAI - Taktik pelayan pelanggan (GRO) yang menyorok di dalam tong sampah untuk mengelak dari dicekup gagal apabila 27 wanita warga asing itu  berjaya ditahan dalam serbuan, kelmarin.

Ada di antaranya turut menyembunyikan diri di sebalik pintu tandas dan bawah meja apabila Imigresen menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Perai Jaya di sini, jam 10 malam.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri, Basri Othman berkata, seramai 15 warga Vietnam dan 12 warga China ditahan dalam operasi itu.

“Cubaan untuk melarikan diri gagal apabila 20 penguat kuasa yang bertugas bertindak mengepung pusat karaoke yang ketika itu dipenuhi pelanggan.

“Semuanya yang berusia 20 hingga 38 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal di negara ini melebihi tempoh,” katanya ketika ditemui di Jabatan Imigresen Seberang Jaya.

Beliau berkata, serbuan dibuat selepas risikan dijalankan selama sebulan bagi memantau aktiviti di pusat hiburan terbabit.

“Ada anggota yang menyamar untuk mendapatkan maklumat lengkap dan didapati ada di antara GRO yang bekerja di situ baru tiba di negara ini minggu lepas.

“Premis terbabit diserbu sebanyak dua kali pada tahun lalu dan ini merupakan operasi kali pertama bagi tahun ini,” katanya.

Basri berkata, pihaknya turut mengambil keterangan pemilik premis dan pelanggan berada di situ ketika serbuan dijalankan.

“Kami masih menyiasat modus operandi yang digunakan memandangkan pusat hiburan terbabit memiliki banyak bilik karaoke dan timbul dakwaan yang mengatakan GRO terbabit dibawa oleh pelanggan sendiri.

“Semua ditahan bagi membantu siasatan sebelum tindakan lanjut diambil mengikut kesalahan masing-masing,” katanya.


Mnyoroklah dalam tong drum pun pihak berkuasa akan jmpe gak hohohoh

10

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 18-7-2013 11:49 AM
bau perfume boss....takkan tak leh trace...
Quote izamahmed 18-7-2013 11:51 AM
tahniah penguatkuasa
Quote AbukRokok 18-7-2013 12:12 PM
ala comeynya seluar biru tu
Quote missus_meow 18-7-2013 12:21 PM
Sesuai sgt tmpt menyorok tu
Quote mitnick 18-7-2013 12:22 PM
nie zaman ali baba & penyamun kaa?
Quote MiaYahya 20-7-2013 11:06 AM
haha...comel jaa.huu~

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.047340 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top