Oleh Izzah Abbasy
Memakai kaca mata pada hari ini bukan lagi sinonim untuk mereka yang rabun tetapi ia sudah menjadi trend sebagai aksesori tambahan untuk bergaya. Memilih bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka sudah tentulah sukar dilakukan. Adakalanya ia tampak sesuai dan ada juga ia kelihatan buruk pula apabila digayakan. Jadi, bagaimana agaknya ingin menyesuaikan bingkai cermin mata dengan wajah kita? Kita semua dilahirkan dengan pelbagai bentuk muka, ada yang bentuk muka bulat, muka segi empat, muka bujur sirih dan bentuk muka seperti hati. Pemilihan bingkai cermin mata yang betul dan padan dengan bentuk muka harus diambil kira jika nak kelihatan cantik dan bergaya. - CARI Infonet Jom lihat, cermin mata jenis apa yang bersesuaian dengan bentuk muka anda :
Bagi yang memiliki bentuk muka bulat, bingkai kaca mata bersegi sesuai untuk untuk anda. Elakkan dari memakai bingkai yang berbentuk bulat kerana ia akan membuatkan muka kelihatan bulat seperti belon. Bentuk Muka Segi Empat Untuk anda yang mempunyai raut wajah yang bersegi, bingkai kaca mata berbentuk bulat lebih sepadan buat anda. Jika anda rasa anda mempunyai bentuk muka seperti hati, cuba gayakan cermin mata yang lebih simple dan tidak serabut kerana bahagian dahi anda sudah cukup luas. Cermin mata tanpa bingkai atau berbentuk ‘cat eye’ adalah paling sesuai untuk anda. Anda boleh menggayakan hampir semua bingkai cermin mata yang ada. Nak nampak lebih menarik, cari bingkai cermin mata yang sama lebar dan dengan wajah anda. Tetapi elakkan dari memakai bingkai yang terlalu besar daripada muka anda. |
9
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
18
Sedih |
16
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT