Oleh : TS LOO Tahukah anda , masalah kesihatan badan boleh diketahui melalui tanda-tanda fizikal yang ditunjukkan sekiranya anda ada masalah kesihatan? Oleh itu, rajin-rajinlah membelek tubuh anda untuk melihat jika ada yang tidak kena. Simptom-simptom ini tidak besar, tetapi harus diberi perhatian. Entri kali ini mendedahkan lima perkara pada tubuh yang harus anda ambil berat.
PERHATIKAN KUKU ANDA Jika kuku anda sihat, ia berwarna merah muda ('pink') yang lembut. Jika anda dapat melihat sebarang kelainan pada kuku anda, tidak ada salahnya untuk merasa khuatir. Jika kuku anda berwarna kekuningan, ia menunjukkan masalah berkaitan pernafasan. Kuku berlekuk pula mungkin menjadi simptom diabetes. Jika kekurangan gizi tertentu seperti zat besi, juga akan menyebabkan perubahan pada warna kuku.
LIHAT DAN BAU URIN Warna urin yang normal ada pelbagai. Jika pengambilan air kosong cukup, biasanya air kencing berwarna putih jernih. Sebaliknya jika kurang pengambilan air, air kencing akan berwarna kuning pekat atau lebih gelap. Selain warna urin bertukar kemerahan, bau urin yang agak kuat harus diberi perhatian. Segeralah rujuk masalah pada doktor. PENGHASILAN AIR MANI Jika Sihat, seorang lelaki normal mampu menghasilkan cairan mani sebanyak 2-5ml ketika berejakulasi. Produksi air mani akan berkurangan mengikut usia. Air mani yang dihasilkan kurang dari 2ml menjadi tanda hypersermia yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki. Lihat juga warna air mani anda. Lelaki sihat memiliki warna cairan mani putih dan pekat. Sekiranya cairan mani yang disertai darah atau terlalu cair, berjumpalah dengan doktor. UKUR DENYUT NADI Denyut jantung ketika bersantai adalah penanda yang baik untuk kadar kesihatan seseorang. Untuk lelaki dewasa yang sihat, angka yang normal adalah sekitar 70-75 bpm (beat per minute). Untuk mengukurnya, letakkan dua jari tangan di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Darabkan angka ini untuk mendapatkan nilai per minitnya. KULIT YANG SIHAT Kulit yang sihat bersifat elastik dan kembali normal bila dicubit. Sebaliknya, kulit yang dehidrasi akan kembali ke posisi normal dengan lambat setelah dicubit. Bagi membuktikan sejauh mana kebenarannya, cuba cubit tangan anda sekarang! Jadi, jangan ambil ringan tentang kesihatan khususnya bagi orang dewasa yang sudah berumur. Elakkan tabiat hidup yang tidak berfaedah dan rajinlah membuat senaman yang boleh menyihatkan badan kita. - CARI Infonet |
9
Bagus |
14
Marah |
18
Terkejut |
5
Sedih |
15
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
comel91 replied at 29-4-2016 05:49 PM
sebijik artikel karang kraf bulan nov 2014... good job cari reporter.
supernaturalee replied at 3-5-2016 07:55 PM
pandai dia CARI
ADVERTISEMENT