CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Saudara Baru Ini Tersisih, Kini Terbela Selepas Noh Hujan Tawarkan Pekerjaan

29-4-2016 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11764| Komen: 56

oleh Adib Za

Masihkah anda ingat dengan kelibat lelaki yang telah menarik perhatian ketika ceramah Dr Zakir Naik bulan lalu kerana menyatakan rasa percayanya kepada Islam?


Harinder Pal Singh yang secara rasminya memeluk Islam di hadapan ribuan penonton di Stadium Hoki Bukit Jalil tempoh hari nampaknya tidak melalui waktu-waktu yang mudah. 

Ini kerana sejurus selepas bergelar saudara baru Muslim, Harinder yang bekerja secara kontrak dikatakan tidak lagi diperbaharui kontrak kerjanya. Ini sekaligus menyaksikan dia kehilangan kerja sebagai penjawat swasta di sebuah syarikat Melaka seterusnya bergelar seorang penganggur.




Bukan itu sahaja, lelaki itu dikatakan dihalau oleh rakan serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan lain mengenai ajaran Islam. 

Harapannya kini adalah untuk mendapatkan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan dengan lebih stabil, itu yang diujarkannya menerusi TV Al Hijrah dalam satu sesi temuramah. 

Masyarakat Islam khususnya dimohon agar memberi sokongan kepada bukan sahaja Harinder, malah saudara baru yang lain kerana waktu inilah mereka sangat memerlukan sokongan dan bantuan. 

Ada antara saudara baru Muslim yang disisihkan keluarga dan tidak lagi diterima selepas mengaku sebagai muslim. Ia bukan perkara baru. 

Semangat berkobar-kobar tidak seharusnya hanya ada ketika Dr Zakir Naik membantu mengislamkan mereka ini, sebaliknya perjalanan mereka selepas itu, di manakah peranan anda?


(Sumber foto: Mynewshub)



Terkini, selepas kisah Harinder disiarkan menerusi TV Al Hijrah, penyanyi Noh Hujan yang kini berada di Jordan telah menawarkan pekerjaan kepada lelaki itu di restoran miliknya. 

Subhanallah, sesungguhnya perancangan Allah itu sangat indah, bukan? Memetik laman Mynewshub, Noh dan isterinya Mizz Nina memaklumkan perkara itu kepada Penerbit di TV Al Hijrah, Syafinah Othman. 

Semoga kisah ini sedikit sebanyak membuka lebih ruang dan peluang kepada masyarakat untuk terbuka hati membantu para saudara baru Muslim yang lain hendaknya - CARI Infonet


Sumber: TV Al Hijrah / Mynewshub
10

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 29-4-2016 03:21 PM
patutnya Zakir Naik yang tolong dia..
Quote blackwidowbae 29-4-2016 03:38 PM
Taste makcik nii, i loikeeeee~~
Quote bluehedgehog 29-4-2016 03:39 PM
blackwidowbae replied at 29-4-2016 03:38 PM
Taste makcik nii, i loikeeeee~~

sanggup tahan bau bawang tiap2 hari ke?
Quote blackwidowbae 29-4-2016 03:45 PM
bluehedgehog replied at 29-4-2016 03:39 PM
sanggup tahan bau bawang tiap2 hari ke?

Makcik standby shieldtox vuley?? Uuhuhuhu

tapi makcik tengok heolls wongi jahh, baju fink confirm heolls bau roses!
Quote JENABREJAM89 29-4-2016 03:47 PM
blackwidowbae replied at 29-4-2016 03:38 PM
Taste makcik nii, i loikeeeee~~

wahhhhhh ..... anak kuo hidung terpacak bak tiang lektrik leee macik .....
Quote kemaruk 29-4-2016 03:50 PM
Bersangka baik.. mana tau zakit naik ada tawar pekerjaan kat 3 buah pulau di terengganu tu..
Quote sejahtera 29-4-2016 03:59 PM
blackwidowbae replied at 29-4-2016 03:45 PM
Makcik standby shieldtox vuley?? Uuhuhuhu

tapi makcik tengok heolls wongi jahh, baju fink confi ...

bau itu tak penting,

zakar naik penting

Quote nirman 29-4-2016 04:02 PM
alah harinder ni dah ada girl friend melayu, janda some more, mater of time dapat jadi citizen pula
Quote batmana 29-4-2016 04:06 PM
EvieWanKenobi replied at 29-4-2016 03:21 PM
patutnya Zakir Naik yang tolong dia..

ada beribu2 org msuk islam, tkkn la semo dia nk tolong.
lagipun
zakir naik bukannye pegang wang zakat negara malaysia pun.
ikutkn mualaf ada hak dpt bantuan dri badan berkaitan.
dh jadi kewajipan badan berkenaan.

Quote blackwidowbae 29-4-2016 04:53 PM
JENABREJAM89 replied at 29-4-2016 03:47 PM
wahhhhhh ..... anak kuo hidung terpacak bak tiang lektrik leee macik .....

Wakakakakaka!!~~

harap harap gitu lerr nakk Jen syg oii~~ ehh?? Ahahah
Quote blackwidowbae 29-4-2016 04:56 PM
sejahtera replied at 29-4-2016 03:59 PM
bau itu tak penting,

zakar naik penting

Tengok gegambar acaner nak detect boleh naik kerr idok

perkahwinan satu perjudian kater nenek makcik lerr, naik ker idok terinclude sekali ler kot eyy~
Quote saladin780 29-4-2016 04:57 PM
bluehedgehog replied at 29-4-2016 03:39 PM
sanggup tahan bau bawang tiap2 hari ke?

singh wangi la..jarang sgt jumpa yg busuk
Quote Muntz 29-4-2016 05:04 PM
Senang kan jadi Zakir Naik? Ko dapat duit hasil ceramah, ko convertkan org sampai org impress giler2 dan bagi tanah, habis Islamkan org, si mualaf tu dia pass jah t'jwb tu kat org lain maintain akidah dia.

Kalau camtu, aku pun nak jadi Zakir Naik.
Quote zameyla 29-4-2016 05:04 PM
saladin780 replied at 29-4-2016 04:57 PM
singh wangi la..jarang sgt jumpa yg busuk

kannn.............ala2 pelakon bollywood gitu...
Quote de_ikea 29-4-2016 05:07 PM
Muntz replied at 29-4-2016 05:04 PM
Senang kan jadi Zakir Naik? Ko dapat duit hasil ceramah, ko convertkan org sampai org impress giler2 ...

Jadik lah tak payah trgganu nk pnggil org jauh2 kan.

Hafal quran dah berapa juzuk?
Quote (=_=) 29-4-2016 05:31 PM
Muntz replied at 29-4-2016 05:04 PM
Senang kan jadi Zakir Naik? Ko dapat duit hasil ceramah, ko convertkan org sampai org impress giler2 ...

Zakir naik tak ambil duit ceramah sis..dia datang malaysia baru2 ni perlu sediakan tempat dan makan je..sis sanggup ke buat macam dia?
Quote AbukRokok 29-4-2016 05:32 PM
hidung merah baju pink lg...
Quote (=_=) 29-4-2016 05:33 PM
EvieWanKenobi replied at 29-4-2016 03:21 PM
patutnya Zakir Naik yang tolong dia..


Amboi sis semua zakir naik kena buat ye..cebok berak orang tu pun zakir naik kena buat juga agaknya
Quote EvieWanKenobi 29-4-2016 05:42 PM
(=_=) replied at 29-4-2016 05:33 PM
Amboi sis semua zakir naik kena buat ye..cebok berak orang tu pun zakir naik kena buat juga agak ...

ko rasa?

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.110407 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top