Oleh : Dean BZ
Menabung adalah salah satu perkara yang harus dipraktikkan sejak kecil lagi kerana ia memberi kebaikan dimasa hadapan. Kebaikan dari sikap suka menabung adalah dapat mendidik diri supaya lebih berjimat cermat dan merancang perbelanjaan harian dengan baik. Selain itu, kita akan bebas dari belengggu hutang kerana sentiasa mempunyai duit tabung disaat memerlukan. Ramai yang nak menabung tapi tak tahu cara yang betul dan kerana itulah ramai yang cepat putus asa. Akibatnya, tabung belum penuh "sudah dipecahkan" atau "dikorek" untuk menggunakan duit simpanan itu. Jadi sampai bila nak merasa "habuan yang besar" kalau ada sikap seperti ini?
Penulis kongsikan teknik-teknik mudah dan berkesan tentang cara menabung dengan betul, dipetik dari Facebook Mohd Faiz. Lihat hasilnya amat memberangsangkan. Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya Kisah Benar : Idea ni sangat praktikal untuk semua orang. Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA. + Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober) + Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh) + Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20 PERATURAN WAJIB : 1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi. 2. HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20 3. Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT 4. WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama. 5. If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda. 6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG . Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom. Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya , 140 keping RM 20 180 keping RM 5 Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700 p/s : saya sertakan bukti untuk anda. Menarik kan? Nak beli apa-apa tak perlulah terburu-buru atau sampai berhutang. Mulai dengan azam dan cuba menabung mengikut teknik diatas. Percayalah, satu kepuasan yang tak terhingga disaat melihat hasil simpanan telah mencecah "target" yang kita mahukan. Jom mula menabung dari hari ini, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
blackwidowbae replied at 29-4-2016 12:42 PM
Bbnu boleh lerr guna cara nii
manusia matang dan macho simpan duit steady jahh, tak perlu pilih ...
qronaldo7 replied at 29-4-2016 02:51 PM
jom turki
ADVERTISEMENT