CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelancong Singapura Hilang Telefon Bimbit Kecewa Dapat Layanan Dingin Di KLCC

29-4-2016 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8961| Komen: 24


Oleh : TS LOO


Tidak dapat dinafikan, tahap keselamatan dalam negara kita memang teruk sejak 5 tahun kebelakangan ini. Tetapi lebih malang lagi, apabila selepas mengalami kejadian rompakan dan tiada sesiapa pun yang ingin menghulurkan bantuan.



Seorang pelancong dari Singapura bernama Claire berkongsi pengalaman mengenai telefon bimbitnya yang dicuri ketika mengunjungi pusat beli belah di KLCC. Perkongsiannya di laman sosial Singapura iaitu 'Stomp' itu mendapat perhatian ramai nitizen.


sumber foto: google image 


Sabtu lalu, Claire telah mengunjungi pusat membeli belah di KLCC. Ketika dia sedang memilih pakaian di butik Zara, telefon bimbitnya disimpan didalam beg tangannya untuk memilih baju. 



Selepas kali kedua masuk ke bilik persalinan, barulah dia perasan beg tangannya telah terbuka. Dengan segera dia memeriksa beg tangan itu dan mendapati telefon bimbitnya yang  berjenama iphone 6S telah hilang. 


Dia segera memaklumkan pada kakitangan yang bertugas di bilik persalinan, tetapi kakitangan berkenaan menyuruhnya agar memohon bantuan dari kakitangan yang berada di kaunter pembayaran.


Lebih menyedihkan Claire apabila pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaaan hanya menjawab: "Oh, awak juga hilang telefon bimbit ya?"


"3 hingga 5 minit sebelum kamu datang meminta bantuan, terdapat seorang pelanggan perempuan turut hilang telefon bimbitnya," tambah kakitangan yang bertugas itu.


Selepas memaklumkan pada pegawai yang bertugas dalam kedai, mereka rasa sangat teruja, dan jangan sessekal; bertemu dengan 


Claire memohon jasa baik pihak butik tersebut untuk membantunya mendapatkan balik telefon bimbit yang telah hilang, tetapi kakitangan itu cuma menjawab mereka pun tidak dapat membuat apa-apa dan hanya mencadang agar Claire membuat aduan kepada pengurusan pusat beli belah berkenaan dan juga membuat laporan di balai polis berdekatan. 


sumber foto: google image


Selepas itu, Claire turut meminta pengurus yang bertugas ketika itu untuk membenarkannya menyemak rakaman visual kamera CCTV di dalam butik tersebut, akan tetapi pengurus tersebut memberitahu sekiranya tiada laporan polis, pihak butik ada hak untuk tidak membenarkannya.


Kakitangan butik itu hanya memberitahu Claire, visual rakaman kamera CCTV menunjukkan ketika Claire sedang memilih baju terdapat dua orang warga Korea asyik mengekorinya.


Claire sempat bertanyakan pengurus butik itu, adakah kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini, tanpa disangka pengurus itu menjawab, kedai seperti Zara dan Topshop setiap minggu akan berlaku satu kes.


sumber foto : google image


Menurut Claire, akhirnya dia terpaksa membuat laporan kepada unit keselamatan seorang diri tanpa ditemani kakitangan kedai terbabit.


Tiba di unit keselamatan, pegawai yang bertugas hanya menyuruh Claire mengisi sekeping borang. Selesai mengisi borang, pengawal keselamatan itu berkata.


"jika ada apa-apa perkembangan terkini, kami akan menghubungi anda".


Claire berbisik pada dirinya: Itu saja?



sumber foto: http://singaporeseen.stomp.com.sg/



Tambah Claire, yang pelik adalah selepas 3 hari iphone 6S nya hilang, dia menerima maklumat dari pihak pengurusan akaun Apple bahawa ada individu cuba memasuki akuan peribadinya di Jakarta. Selepas satu jam, maklumat memberitahu telefon bimbitnya masih berada di Kuala Lumpur pula. 


"Ini jelas menunjukkan pencuri terbabit merupakan satu kumpulan sindiket yang berada di merata tempat di seluruh dunia untuk melakukan kegiatan jenayah, tapi saya bukan polis, saya tidak boleh beri komen lebih." 


" Saya berharap kawan-kawan yang berkunjung ke KLCC agar lebih berhati-hati, dan kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan negara mereka lebih selamat untuk dikunjungi oleh pelancong," pesan Claire.- CARI Infonet




12

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
16

Sedih
17

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 29-4-2016 12:25 PM
so apple rep si @dino xleh tolong trace ke?
Quote fazamania 29-4-2016 12:53 PM
Henpon jer pon.. sib baik iphone, kalau nokia 3310?
Quote EvieWanKenobi 29-4-2016 12:55 PM
self-negligence.. kenapa tinggalkan beg di bilik persalinan?
Quote krustykrab 29-4-2016 01:26 PM
EvieWanKenobi replied at 29-4-2016 12:55 PM
self-negligence.. kenapa tinggalkan beg di bilik persalinan?

Tu arrr....bodoh betul...kalo dh tau bwk brg2 mahal...kepit je walau ke jamban pun
Quote revolusi_30 29-4-2016 01:37 PM
Pakai je IPhone....tapi x tahu guna find my phone..... x gitu  @dino
Quote fifie_olin 29-4-2016 01:49 PM
EvieWanKenobi replied at 29-4-2016 12:55 PM
self-negligence.. kenapa tinggalkan beg di bilik persalinan?

betul la ek dia tgglkn beg dia..
sendri yg cuai...

Quote timahterung 29-4-2016 01:56 PM
Seolah-olah dia nak orang-orang tu carik balik iphone dia sampai dapat ,manyak cantik muka ..ko yg cuai lagi nak banyak songeh, bukan kat Malaysia je, I pernah tertinggal purse Chanel dekat H&M  Paris ,bila mintak tolong orang kedai tu sama macam ni jugak jawapannya , makcik Claire ni nak lebih-lebih pulak..
Quote CrowneGlory 29-4-2016 02:50 PM
pergi shopping hanbag terbuka2 x zip.... selayaknya kena pickpocket....
Quote irwansuhadi 29-4-2016 03:01 PM
claire ni chocolate kan?
Quote dino 29-4-2016 03:53 PM
revolusi_30 replied at 29-4-2016 01:37 PM
Pakai je IPhone....tapi x tahu guna find my phone..... x gitu  @dino

lock je la telephone tu... guna icloud tu.... kompom takleh guna dah... itu pun nak ajor
btw tak bermakna pencuri tu nak pulang balik...atleast data tak dicurik...
Quote revolusi_30 29-4-2016 03:57 PM
dino replied at 29-4-2016 03:53 PM
lock je la telephone tu... guna icloud tu.... kompom takleh guna dah... itu pun nak ajor
btw t ...

Kan...kalau beli kt Maxis boleh dapat ganti baru...yg penting ada repot polis...
Quote cocorex 29-4-2016 03:58 PM
Org lain yg hilang moto @ kete pun xkalut nk suruh shopping complex management gi teman buat report polis..
Quote dino 29-4-2016 04:07 PM
revolusi_30 replied at 29-4-2016 03:57 PM
Kan...kalau beli kt Maxis boleh dapat ganti baru...yg penting ada repot polis...

lg nak bawa isu klcc msia tak selamat mmg diorg takleh watpe weh.... terang2 ade tulis barang berharga tanggungjwb sendiri....
jgn careless.... yg pkai iphone kena tahu features lock phone tu.... jgn main beli nak up je
ni minah tu takde lock phone die ke apa... fingerprint tu.... susah nak hacked.... fbi pun siap suh apple tlg open backdoor... bwk mahkamah bagai....
klau salah password... 10 kali salah... dlm 2jam takleh buka... selebihnya..... kena restore balik camtu la..... pencuri yg tahu takkan curi iphone... nak jual pun takleh.... guna account lain nak activate mmg takleh...  wpun dulu katanya ios 8 bleh bypass activation lock.... tp still app takleh guna....
Quote -electrifying- 29-4-2016 04:08 PM
careless sgt...
Quote revolusi_30 29-4-2016 04:17 PM
dino replied at 29-4-2016 04:07 PM
lg nak bawa isu klcc msia tak selamat  mmg diorg takleh watpe weh.... terang2 ade tulis barang b ...

Ne minah hipster la ne....mcm meleis hipster gak ....org pakai iphone mau pakai iphone...supaya selfie nampak logo Apple...tapi kegunaan phone hanya utk on9 saja. .tak maksimum kn penggunaan...
Quote dino 29-4-2016 04:19 PM
revolusi_30 replied at 29-4-2016 04:17 PM
Ne minah hipster la ne....mcm meleis hipster gak ....org pakai iphone mau pakai iphone...supaya se ...

pernah tgk cashier tesco pun pakai iphone
harap die aktifkan find my iphone tu.....
Quote Artemesiaa 29-4-2016 04:28 PM
Mungkin sebab kalau kat Singapore kebarangkalian yang phone hilang akan djumpai semula amat le besar sebab tu dia ingat kat Malaysia pun sebegitu situasinya.
Quote haruslah 29-4-2016 08:38 PM
Conclusin ::malaysia x slmt...salah homen katanya
Quote red_cattleya 29-4-2016 10:15 PM
kat mana2 pun boleh jadi lah..kenapa perlu teman?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.117917 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top