Oleh : Dean BZ
Merokok sudah tentulah satu perkara sia-sia malah memudaratkan kesihatan. Semua perokok tahu akan keburukan merokok namun masih ramai tetap memilih untuk terus merokok. Alasan mereka terlalu sukar untuk berhenti merokok kerana sudah ketagih. Jadi bagaimana perokok tegar yang lain dapat berhenti merokok? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda? Ikuti 5 tip mudah ini : 1. Mulailah dari hati Segala perbuatan hendaklah dimulai dengan niat.Tanpa niat dan azam yang kuat maka usaha kita untuk berhenti merokok akan menjadi sia-sia saja. Jadi selepas anda membaca artikel ini mulailah untuk menanam niat dan azam yang kuat di dalam hati. 2. Jauhkan diri dari rakan-rakan perokok.
Selama ini anda mungkin tinggal di lingkungan rakan-rakan yang aktif merokok. Secara psikologi, rakan-rakan sangat berperanan dalam mengubah diri kita. Jadi, cuba jauhkan diri dari rakan-rakan yang merokok (apabila mereka sedang merokok). 3. Buang pemetik api. Tahukah anda bahawa tanpa pemetik maka api tidak mungkin ada. Sama halnya dengan cara berhenti merokok, tanpa rokok anda tidak akan mungkin merokok. Jadi cubalah agar anda tidak lagi memegang pemetik api dan sebungkus rokok. 4. Hindari stress Ingatkah anda bila saat anda akan kuat merokok?. Pastinya saat anda stress atau memikirkan banyak masalah. Saat stress maka kebanyakan perokok akan membakar sebatang rokoknya untuk membantu meredakan stressnya. Jadi usahakanlah diri anda selalu dalam keadaan stabil tanpa merasa stress, setiap beban pekerjaan anda sebaiknya rileks saja. Ingatlah bahawa setiap persoalan pasti ada jalan keluarnya. 5. Jangan pernah berhenti melakukan aktiviti Perokok akan cepat merasa bosan jika tidak melakukan aktiviti, maka mereka lebih gemar memilih untuk mengambil sebatang rokok dan membakarnya untuk menghilangkan kebosanan disaat sendirian. Untuk menghindarinya, maka biarkan fizikal dan fikiran kita terus bekerja dengan melakukan aktiviti seperti bersukan, main game atau menonton televisyen. Selamat mencuba, semoga brader-brader dapat berhenti merokok dalam masa terdekat ini. Kuatkan azam, pasti berjaya. - CARI Infonet. Sumber: tikars.blogspot.com |
7
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
17
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
blackwidowbae replied at 28-4-2016 06:47 PM
Susah sanggatt nak stop rokok, janji tinggal janji, harapan falsu,
gi kerat leher jahh! Confirm s ...
qronaldo7 replied at 28-4-2016 06:51 PM
Isap la rokok lain
blackwidowbae replied at 28-4-2016 06:52 PM
Erkkk??
jadik gayers??
qronaldo7 replied at 29-4-2016 08:36 AM
aah acik. save duit
ADVERTISEMENT