Oleh : Dean BZ
Tidak tahu apa punca amah atau orang gaji ini sanggup melakukan perkara jijik kepada majikannya. Memang loya tekak melihat video ini, tiba-tiba rasa nak muntah. Sesiapa yang mempunyai orang gaji pasti tak senang duduk dengan rakaman video ini tapi apa pun kita baca dulu seterusnya. Seorang amah telah dirakamkan melakukan perbuatan jijik terhadap majikannya di Kuwait dengan mencampurkan air kencing ke dalam minuman yang disediakan kepada mereka. Perbuatan itu terbongkar selepas majikannya memasang kamera tersembunyi selepas mereka berasa curiga dengan amah mereka. Dalam video itu terdapat dua amah dengan salah seorang daripadanya dilihat mengeluarkan satu bekas yang disembunyikan dari dalam seluarnya dan kemudian menuangkan air kencing itu dalam bekas minuman majikannya.
Selepas berbuat demikian dia kembali meneruskan kerjanya seperti biasa dan turut menyediakan makanan. Sementara majikannya pula, yang enggan dikenali telah terkejut apabila melihat video rakaman berkenaan. Susulan kejadian itu, dia telah memaklumkan kepada penduduk setempat supaya berhati-hati dengan pembantu rumah mereka. Banyak kemungkinan amah tersebut sanggup buat macam tu, mungkin majikan dia suka marah? atau dia memang cuba "menundukkan" majikannya dengan air kencing? Macam-macam andaian dapat dibuat, apa pun perlakuan ini sangat jijik dan tidak boleh diterima akal. Harap amah ini dihukum dengan setimpal kerana perlakuannya turut akan mencemarkan persatuan amah-amah seluruh dunia. Jangan buruk sangka pada amah lain kerana tidak semua amah berhati busuk. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
11
Bagus |
11
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
7
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Princess_Na replied at 27-4-2016 02:08 PM
Mesti takpuas hati ngan majikan atau nak buat ilmu penunduk
bunnyhoney replied at 27-4-2016 11:17 PM
Jiran akak aku maid dia perah pad darah lam makanan.....
ADVERTISEMENT