Oleh : Dean BZ Pengendali pawagam GSC semalam memberi jaminan bahawa hanya orang dewasa dan bukan Islam dibenarkan untuk membeli bir dari cawangannya. Ia berikutan aduan daripada Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) bahawa jualan alkohol di pawagam itu boleh menggalakkan tabiat meminum minuman keras di kalangan pengunjung dan mereka di bawah umur. "Jualan ini hanya dihadkan kepada pengunjung dewasa di GSC Perdana dan Gold Class lounge. "Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, pawagam kami mematuhi undang-undang tempatan dan tidak menjual bir kepada orang Islam dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun," katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini. Ia menambah bahawa para pelanggannya "datang dari semua lapisan masyarakat". "GSC sentiasa berusaha memastikan pawagam kami terbuka kepada semua kerana kami percaya dalam memberikan nilai yang besar dan suasana yang selesa untuk semua orang bagi menikmati keajaiban filem pada skrin besar," katanya. Timbalan Presiden PHA P. Murugiah minggu lalu berkata, NGO itu telah mengadu kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu. "(Kami mahu) tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan arak di pawagam," katanya. Persoalannya, sejauh manakah jaminan yang diberikan itu benar-benar terjamin? Pada pandangan penulis, banyak perkara dan kesan-kesan negatif akan berlaku jika arak dibenarkan ketika menonton wayang. Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? - CARI Infonet. Sumber - malaysiakini *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
|
15
Bagus |
20
Marah |
22
Terkejut |
22
Sedih |
23
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
myakayina replied at 26-4-2016 04:28 PM
no more GSC..& TGV.. skrg aku layan movie kt MBO jer..
ADVERTISEMENT