CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Weifang, Bandar Layang-Layang Sedunia Di China!

27-4-2016 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4133| Komen: 1

Description: Bandar Weifang terletak di provinsi Shangdong, timur China. Menurut catatan sejarah, bandar tersebut pernah dikenali kaunti Wei. Bandar tersebut terkenal dengan kebudayaan tempatan termasuk seni kraf ...

Oleh : TS LOO


Layang-layang China mempunyai sejarah lebih 2000 tahun. Layang-layang menjadi sejenis permainan dan kesenian yang amat popular dalam kalangan rakyat China. 


Oleh sebab wilayah China yang amat luas, layang-layang di negara ini juga berbeza-beza. Selain itu, tradisi layang-layang juga berkait rapat dengan budaya tempatan di kawasan yang berbeza.

sumber foto: http://www.chinahabitat.gov.cn/


Bandar Weifang terletak di provinsi Shangdong, timur China. Menurut catatan sejarah, bandar tersebut pernah dikenali kaunti Wei. Bandar tersebut terkenal dengan kebudayaan tempatan termasuk seni kraf tangan yang cantik dan unik.


Menurut catatan lama China, layang-layang mula dikenali di bandar Weifang sejak zaman Dinasti Song (tahun 960 - 1279 Masihi).


Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, layang-layang semakin popular di Weifang. Seorang sasterawan yang terkenal di China, Zheng Banqiao pernah mencipta lagu yang mengisahkan suasana penduduk tempatan bermain layang-layang ketika beliau menjadi ketua kaunti di Weifang pada zaman Dinasti Ming.


Menurut beliau, layang-layang yang dimainkan oleh penduduk tempatan pada ketika itu seumpama salji yang berterbangan. 


Seorang lagi sasterawan yang sezaman dengan beliau, Guo Lin juga pernah menggubah syair yang menggambarkan keriangan penduduk tempatan bermain layang-layang di tebing sungai ketika cuaca cerah.


Pada zaman sekarang, layang-layang bukan sahaja sejenis permainan, malah seni kraf tangan yang digemari oleh pelancong yang datang ke bandar itu.


Maka, layang-layang telah menjadi simbol pelancongan bagi bandar Weifang. Difahamkan, Pesta Layang-layang Antarabangsa ke-33 anjuran Pusat Sukan Awam Jabatan Pentadbiran Sukan China, Persatuan Layang-layang Antarabangsa dan pihak berkuasa bandar Weifang akan diadakan di Weifang pada 16 April tahun ini.- CARI Infonet

8

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 26-5-2016 11:59 PM
Not bad at all

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.116228 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top