oleh Adib Za Teknologi pesanan ringkas kini seakan menjadi kemestian buat semua pengguna. Aplikasi seperti Whatsapp, Telegram, WeChat dan sebagainya paling tidak mesti ada dalam setiap telefon pintar anda, betul?
Namun, persoalan mula berlegar di kalangan masyarakat dan netizen khususnya bila soal privasi sering dilihat sebagai masalah utama. Masakan tidak, mesej yang dihantar belum tentu ia hanya dibaca oleh si penerima. Silap-silap apa yang anda tulis, luahkan dan nyatakan secara rahsia boleh dibaca dan dipaparkan kepada orang lain oleh pihak ketiga. Fungsi 'screenshot' dan 'share' misalnya membuatkan masalah privasi semakin meruncing. Tahu-tahu sahaja apa yang dibualkan sudah masuk laman sosial seperti Facebook dan Twitter! Sangat memalukan!
Namun, kini semua masalah itu boleh diselesaikan dengan pelancaran aplikasi terbaharu untuk telefon bimbit. Dikenali dengan nama Privates ia memang menjaga privasi mesej yang dihantar di tahap paling tinggi! Kini, pihak penerima tidak boleh membuka mesej anda hanya dengan kebenaran anda, begitu juga dengan screenshot tidak boleh dilakukan oleh penerima, kecuali dengan kebenaran anda. Menarik kan? Haha Nak lebih faham bagaimana aplikasi cerdik ini berfungsi? Lihat video di bawah. Haa..teruja ke tak? Kini masalah privasi juga boleh dikawal. Namun, aplikasi ini hanya dibuka buat pengguna Apple buat masa ini. Tak sabar rasanya untuk menantikan versi untuk Android pula. Apa pendapat anda? - CARI Infonet |
17
Bagus |
15
Marah |
18
Terkejut |
21
Sedih |
24
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT