|
Oleh : Dean BZ Seorang lelaki perlu tahu tanggungjawab yang wajib dilakukan apabila bergelar seorang suami. Salah satu tanggungjawab utama seorang suami yang juga merupakan ketua keluarga terhadap isteri atau isteri-isterinya adalah memberi nafkah zahir dan batin secukupnya kerana isteri itu adalah amanah Allah S.W.T untuk dijaga. Selain memberi nafkah zahir dan batin secukupnya kepada isteri mengikut kemampuan, suami juga perlu menyediakan keperluan asas kepada si isteri seperti makanan yang mencukupi, pakaian dan tempat tinggal. Tidak lupa juga suami perlu memberi didikan agama secukupnya kepada anak dan isteri untuk bekalan di dunia dan akhirat kelak. Tapi mungkin ada yang lupa tentang satu benda ini, atau kadang buat kadang tak iaitu memberi duit perbelanjaan kepada kedua ibu bapa. Perlu anda tahu, tanggungjawab sebagai anak lelaki terhadap kedua ibubapa nya tidak akan pernah putus sekali pun sudah berkahwin. Tertarik dengan perkongsian gambar ini, mungkin anda boleh bahagikan duit gaji anda siap-siap untuk "perkara wajib" apabila sudah mendapat gaji. Dengan cara ini duit anda akan lebih terturus dan perkara wajib yang perlu anda dahulukan dapat diselesaikan setiap bulan. Baki selebihnya anda boleh gunakan untuk perbelanjaan barang dapur, minyak kereta, tol, dan selesaikan macam-macam lagi komitmen yang anda ada. Apapun, uruslah perbelanjaan bulanan anda ikut kemampuan. Yang penting, anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang suami dengan sebaik mungkin. Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsi artikel ini dengan rakan-rakan. - CARI Infonet. Sumber - KisahRumahTangga *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
|
|
13
![]() Bagus |
15
![]() Marah |
16
![]() Terkejut |
18
![]() Sedih |
27
![]() Lawak |
12
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity




)...bg duit salah tak dapat duit nafkah seribu kli lagi slh....haha..pening aku ngan puak2 perempuan di fesbuduk ni.dondangdendang replied at 27-4-2016 03:42 PM
tp kenapa ni tbalik ngn aku.... keta, rmh, anak, ibu semua aku....laki bg duit belanja nafkah ngn be ...
tintabiru73 replied at 27-4-2016 04:24 PM
Suami WAJIB beri nafkah KEWANGAN kepada isteri walaupun isteri bekerja dan ada gaji sendiri. Kalau ...

ADVERTISEMENT