Oleh : TS LOO Kita semua pasti pernah mempunyai pengalaman memberi hutang kepada kawan-kawan yang memerlukan, tak kiralah dalam apa bentuk sekali pun.
Namun demikian, agak sedih kerana terdapat segelintir manusia yang dibantu itu bukan sahaja menganggap bantuan yang diberikan itu adalah sesuatu yang wajar, malah ketika pemiutang meminta hutang, penghutang berkenaan pula bersikap kurang ajar dengan memaki hamun dan berbahasa kasar ke atas pemiutang. Baru-baru ini, terdapat seorang wanita Melayu, bernama Izzatul Azifah berkongsi pengalamannya yang cukup menyedihkan. Anaknya mengalami sakit teruk sehingga dia terpaksa meminta hutang daripada kawannya, tanpa disangka-sangka kawannya pula memarahinya dengan berkata : "Anak kau sakit jangan babitkan aku, Jangan nak jadi babi sangat tak faham bahasa!" Difahamkan, anak perempuan Izzatul iaitu Ainun telah masuk wad akibat dijangkiti virus, dan pernah tidak sedarkan diri selama 14 hari, keadaannya sangat membimbangkan.
Biarpun, anak perempuannya sudah sedar, tapi disebabkan banyak bahagian dalam badannya mengalami jangkitan virus, jadi setiap bulan masih memerlukan kos rawatan kira-kira RM3,500. Disebabkan itu, Izzatul turut meminta balik sejumlah hutang daripada kawannya. Melalui keratan perbualan yang dimuatnaikkan itu, dia menyatakan pendiriannya bahawa bertapa terdesak dirinya memerlukan duit, tetapi pihak yang berhutang itu hanya setakat membaca mesej tersebut tanpa membalas. Sebaliknya Izzatul pula bertindak memohon maaf dan mengatakan bukan berniat untuk mengganggu kawan berkenaan, cuma dia berharap kawannya dapat memulangkan duitnya setelah mengetahui anaknya sedang sakit tenat. " Kini saya amat perlukan duit, jika anda tiada duit, sila pulangkan sebahagian duit itu kepada saya, tiada duit sila terus-terang beritahu, jangan macam ini (tidak balas), minta tolong... ketika anda berada dalam keadaan susah, saya beri bantuan pada awak, sekarang saya bermasalah, harap awak memahami keadaan saya sekarang.... anak saya sakit tenat....perlukan banyak duit... sila balas mesej saya...." Yang sedihnya, kawan berkenaan bukan sahaja enggan pulangkan duit, malah menyelar Izzatul dengan bahasa yang kasar. " aku sekarang tidak ada duit, aku harap kau faham, jangan call atau whatsapp aku lagi! Anak kau sakit jangan babitkan aku, aku ada duit aku ganti balik duit kau, jangan nak jadi babi sangat tak faham bahasa!" Perkongsian status Izzatul banyak dikongsikan oleh netizen dan kebanyakan mengatakan pernah mempunyai pengalaman sama seperti Izzatul. Selain bersimpati, rata-rata netizen mencadangkan agar Izzatul membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Tidak kiralah apa yang dipinjam samada wang ataupun barangan, setelah meminjam kenalah pulangkan tanpa diminta. Itu barulah seorang manusia yang menepati janji. - CARI Infonet |
32
Bagus |
31
Marah |
27
Terkejut |
32
Sedih |
18
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 27-4-2016 11:22 AM
orang yang tak reti bayar hutang ni memang hina dari babi..
aku doakan semoga mereka, dan ahli kelu ...
ADVERTISEMENT