CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

DAP dakwa PM berbelanja mewah

17-7-2013 05:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5448| Komen: 35

Description: KUALA LUMPUR - DAP hari ini mempersoalkan jumlah perbelanjaan yang dibayar untuk rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke luar negara yang dikatakan terlalu tinggi.
KUALA LUMPUR - DAP hari ini mempersoalkan jumlah perbelanjaan yang dibayar untuk rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke luar negara yang dikatakan terlalu tinggi.

Menurut Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Perdana Menteri telah membelanjakan hampir RM44,071 juta dalam tempoh lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri iaitu dari tahun 2008 sehingga Mei 2013.

Jumlah itu katanya, bersamaan dengan perbelanjaan  RM 8,814,200 untuk tempoh setahun dan RM 734,516.67 untuk tempoh sebulan.

"Perbelanjaan ini sangat tinggi, kita mahukan penjelasan daripada Perdana Menteri.

"Daripada hasil rombongan ini, apakah hasilnya kepada negara," katanya.

Tambah Kor Ming lagi, ketika mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan Perdana Menteri beliau hanya membelanjakan RM 30 juta untuk perbelanjaan ke luar negara.

"Kenapa perdana menteri sekarang belanja terlalu mewah.

"Kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib menunaikan janji beliau untuk menjalankan dasar transformasi yang beliau uar-uarkan selama ini, sepatutnya Najib berhemah ketika belanja," katanya.

Sehubungan itu, DAP berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat menjelaskan isu ini agar rakyat tidak mempersoalkan kredibiliti perdana menteri.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 17-7-2013 03:27 PM
pak lah ade jeanne jer...najib ada kak ros..pe laa kor ming ni tu pun tak leh pikir

Quote Bell 17-7-2013 03:30 PM
Jawab Jib jawab....
Quote freebird 17-7-2013 03:33 PM
Ha' eleh....bijan buat de' je.....seperti biasa...
Makcik pakcik felda pprt  melayu kampungan low class golongan minoriti tak kisah pun ...dah dapat br1m rm500
Quote pyropura 17-7-2013 03:59 PM

konspirasi halus cina kominis nak jahanamkan mulayu...busok2 pong oghang kite weyy...
Quote gaara_X 17-7-2013 04:05 PM
kalau tak nak..kita kena laa berbelanja ngan sederhana......kalau kita wat bagus..orang pun tak de nak soal banyak...
Quote tebuanharimau 17-7-2013 04:06 PM
RM 734,516.67 untuk tempoh sebulan
Quote tuah_r 17-7-2013 04:07 PM
inflasi...zaman paklah kueh 3 singgit..skang kueh 5 rm2...hehe
Quote kudajantan77 17-7-2013 04:13 PM
apa la DAP nak bising ... rakyat Malaysia has spoken ... kami tak kisah dirompak dan dibodohkan ... asal dapat BR1M, hiduppppp BN ...
Quote Babai 17-7-2013 04:15 PM
Nak bela badak lebih mahal dari nak bela jin.
Quote NIXAR 17-7-2013 04:16 PM
bayar kontena kot
Quote cak! 17-7-2013 04:18 PM
mereka macam xkisah berbelanja boros
Quote kecimpret 17-7-2013 04:24 PM
syukur laa negara kita aman tak macam mesir
Quote langau 17-7-2013 04:25 PM
pemimpin habihkan duit rakyat..........hidup melayu...
Quote TanSriJess 17-7-2013 04:26 PM
barang dh naik...lu tatau ke?

xnak compare ngan zaman hussein onn ka?

ppffggtthhhhhhh


- najib razak -
Quote kecimpret 17-7-2013 04:28 PM


patut laa belanja mahal...Najib makan ayam daaaaaaaa
Quote Babai 17-7-2013 04:30 PM
cak! posted on 17-7-2013 04:18 PM
mereka macam xkisah berbelanja boros

Pasal bukan duit bapak dia.
Quote lizaliza 17-7-2013 04:32 PM
Babai posted on 17-7-2013 04:15 PM
Nak bela badak lebih mahal dari nak bela jin.

woiii!! puasa la...dosa tau...dah kurus pahala puasa
Quote lizaliza 17-7-2013 04:33 PM
ala....belanja akan dikurangkan tahun ni...sebab pemimpin semua dah boikot ayam
Quote Babai 17-7-2013 04:33 PM
NIXAR posted on 17-7-2013 04:16 PM
bayar kontena kot

Bawak badak naik kontena?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.161602 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top