Membina nama dan kerjaya di bandaraya metropolitan seperti di Amerika Syarikat adalah sesuatu tidak mudah. Yuna, penyanyi kelahiran Malaysia yang kini sedang menempa nama di Amerika Syarikat turut mengakui banyak cabaran yang dihadapi apabila berada di negara orang. Walaupun banyak cadangan supaya dia membuka hijab dan mengenakan pakaian seksi, Yuna tetap dengan pendiriannya untuk terus berhijab. “Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi. Malah apabila tiba di AS, saya dicadangkan agar membuka hijab kerana saya bukan lagi di Malaysia. Kata mereka, pakailah pakaian yang seksi dan berbanggalah dengan bentuk badan sendiri”
“Tetapi saya memang bangga dengan apa yang saya kenakan. Saya berhijab bukan kerana ditekan sesiapa, ia pilihan sendiri dan saya tetap rasa bebas,” jelas Yuna kepada majalah hiburanBillboard edisi 30 April, dipetik dari Astro Awani. Yuna turut melahirkan rasa kurang senang dengan perjuangan Donald Trump yang dilihat sebagai anti-Islam dan mengajar kepada kebencian dan keganasan. “Saya tidak faham bagaimana seseorang seperti dia masih boleh diterima dalam sebuah negara maju dan moden,” ujar Yuna yang juga yakin bahawa muzik mampu untuk mendidik dan melembutkan hati manusia untuk berdamai. Hmm..bukan semua orang mampu berpendirian tetap lebih-lebih lagi disaat berada dipuncak. Syabas untuk Yuna kerana sentiasa berpegang pada prinsip dan agama. - CARI Infonet. Sumber - awani/rotikaya
|
harisbee replied at 25-4-2016 10:40 AM
berhijab ke yuna???
tp suka prinsip yuna wlpun bertudung negro
jlo replied at 25-4-2016 10:38 AM
u gooo girl...
trumph tu kalo ku jumpa depan2 mmg ku kahak kan je
ADVERTISEMENT