Oleh : TS LOO
Minggu lepas, terdapat 4 buah sekolah menengah kebangsaan di Kelantan berlaku kes pelajar diserang histeria berikutan kesemua sekolah berkenaan dikatakan mempunyai hantu. Akibat itu juga salah sebuah sekolah terpaksa ditutupkan bagi membolehkan pengamal agama, ulama, bomoh memasuki ke dalam sekolah untuk menjalani upacara keagamaan. Setelah berita tersebut disebarkan, media antarabangsa dari Hong Kong, England dan Taiwan telah membuat liputan secara meluas di negara masing-masing sehinggakan isu tersebut menarik perhatian di peringkat global.
Namun demikian, ada pihak mengambil kesempatan kejadian tersebut sebagai satu peluang perniagaan dengan mencipta kit anti-histeria yang dijual dengan harga RM8, 750 untuk satu set. Menurut Pengarah pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang, UMP iaitu Dr Mahyuddin Ismail, dia membantu sekolah terbabit secara sukarela tanpa disuruh mana-mana pihak. Tambah dia, walaupun produk itu tidak terbuka untuk pasaran atas faktor keselamatan, tetapi kira-kira 100 kes telah berjaya diselesaikan dengan menggunakan produk tersebut sebelum ini. Diperkenalkan oleh Universiti Malaysia Pahang pada 30hb April tahun lepas, kit anti histeria itu mengandungi bahan-bahan seperti kayu penyepit, cecair lada hitam, cecair asid formik dan air yang sudah dibacakan ayat Al-Quran. Dalam pada itu, menurut kepercayaan masyarakat Melayu juga, perisa masam, pedas dan masin adalah antara perisa yang ditakuti oleh hantu. Sementara itu, ada pihak menyelar bahawa jelas kelihatan bahan-bahan yang terdapat dalam kit anti-histeria itu semuanya bahan murahan, namun setelah dipakejkan secara elok, harga bayaran nilai produk sedemikian sudah naik berlipat ganda. Selain itu, ada juga yang mengkritik individu berkenaan yang walaupun merupakan seorang pensyarah tetapi seolah-olah menggalakkan orang ramai mempercayai amalan yang kolot. Terdahulu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu pada 14 April lalu diarahkan tutup sehari selepas lebih 50 pelajar dan guru diserang histeria. Ada antara mereka mendakwa terlihat kelibat hantu pocong dan puntianak, sehingga mendapat tumpuan liputan media antarabangsa. Seminggu kemudian, beberapa pelajar di SMK Pengkalan Chepa 1, SMK Kemumin, dan lapan SMK Kubang Kerian 3, turut terkena serangan sama. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dilaporkan berkata faktor musim panas El Nino mungkin antara faktor individu mudah tertekan dan melenting. Sementara Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Che Abdullah Mohamad tidak menolak faktor tekanan peperiksaan sebagai punca histeria.- CARI Infonet |
10
Bagus |
12
Marah |
19
Terkejut |
11
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spankee_fili replied at 25-4-2016 01:26 PM
bukan takleh jual ke air ayat2 quran ni..
spankee_fili replied at 25-4-2016 01:26 PM
bukan takleh jual ke air ayat2 quran ni..
ADVERTISEMENT