Oleh Adib ZA Selepas melahirkan, wanita lazimnya mengalami perubahan bentuk badan yang pastinya menyaksikan kenaikan berat badan dan penampilan lebih berbeza. Sama juga seperti artis, mereka tetap manusia biasa dan itulah yang diperkatakan oleh Yusri KRU. Katanya, dia tidak kisah jika isterinya Lisa Surihani ingin mengurangkan berat badan atau tidak. “Saya rasa, sesiapa pun yang bergelar isteri selepas bersalin, keinginan untuk menguruskan berat badan pastinya ada. Cuma, saya lihat apa yang dilakukan Lisa bukan kerana dia ambil peduli badan berisi atau runsing soal berat badan, tetapi lebih kepada menitikberatkan soal kesihatan” “Bagi saya soal menjaga kesihatan bukan lagi semata-mata untuk kurus, tetapi sudah menjadi gaya hidup. Bayangkan jika kelahiran anak pertama saja sudah mengubah kekentalan diri, macam mana pula kalau ada rezeki untuk mendapatkan anak kedua?” “Jadi, ia sebenarnya lebih kepada langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, memang disiplin Lisa sangat tinggi untuk menguruskan badan,” ujarnya kepada BH Plus. Moga lebih ramai suami yang boleh mencontohi Yusri KRU. Bukan hanya mahukan isteri yang sentiasa cantik sahaja. Tak gitu? - CARI Infonet Sumber: BH Online
|
17
Bagus |
24
Marah |
20
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT